PERJALANAN ETS ARAU KE TAIPING

Zumal masa dalam perjalanan ke Taiping
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini sengaja nak kongsi cerita yang dah hampir basi sebenarnya. Seperti korang tahu bulan 12 lalu Zumal telah ke Bukit Merah Laketown Resort. Untuk ke sana dari Perlis, Zumal gunakan ETS dari stesen Arau dan berhenti di stesen Taiping.

Maklumat tambahan bagi orang Perlis, kalau korang nak parking kereta di Arau kena bayar RM4 untuk sehari yer. Jadi Zumal parking kereta di stesen Bukit Ketri. Di stesen Bukit Ketri parking masih free. Zumal pernah parking beberapa kali juga dan kenderaan selamat. Di stesen Bukit Ketri ETS tak berhenti jadi Zumal ambil tren komuter ke stesen Arau. Tambang hanya RM1.10 jer. Masa perjalanan tak sampai 10 minit. 

Sampai di Arau zumal tunggu pula ETS sampai. ETS dari Arau ke Taiping adalah RM28.00 untuk ETS Gold. Zumal beli dekat kaunter, kalau beli online RM33.00 masa tu. Bulan lepas kalau beli tiket pada hari Isnin dan Khamis ada diskaun, maybe zumal dapat diskaun tu agaknya la. Diskaun hanya untuk tiket dewasa sahaja.

Perjalanan ETS dari Arau ke Taiping ambil masa 2 jam, kalau nak lagi jimat boleh ambil tren komuter tapi korang kena tukar tren di Stesen Bukit Mertajam. Cuma kalau ambil komuter masa perjalanan lebih sikit kerana korang kena menunggu tren di BM. 

Selain jimat masa, dalam ETS korang boleh makan kerana ada cafe dalam tu. Kebetulan pula zumal memang dapat tempat duduk dekat dengan cafe. Cuma kalau korang beli makanan di cafe ni harganya mahal sikit la dengan kuantiti makanan yang agak sikit bagi kaki makan macam Zumal ni. Hari tu Zumal makan nasi lemak Pak Roslan, 1 set RM9.xx bersama minuman panas. Zumal pilih coffee. Dulu masa pergi KL Zumal pernah makan mee goreng dalam ETS. Makanan yang dijual memang sedap la walaupun mahal dan sikit.

Suasana Cafe dalam ETS

Tempat makan di cafe ETS
Dalam ETS ni korang boleh makan di cafe ataupun di tempat duduk korang sendiri kerana di tempat duduk juga disediakan tempat letak makanan. 

Dalam ETS juga ada surau dan tandas untuk kemudahan korang. Untuk perjalanan jauh dan selesa memang Zumal syorkan ETS. Berada di atas rel ini rasa lebih selamat daripada atas jalan raya andai korang tak berimaginasi suasana macam dalam filem Train to Busan dan The Last Passenger. 

Dalam pemerhatian Zumal, kalau korang nak ke Bukit Merah Laketown Resort, korang tak perlu ambil tiket ke Taiping cuma memadai ke Bagan Serai je sebab jarak Taiping ke Bukit Merah sama seperti jarak Bagan Serai ke Bukit Merah iaitu 30 minit perjalanan kereta dan kos ETS boleh dijimat lagi. 

Jika korang hendak destinasi seperti Bukit Merah dari stesen ktm korang boleh guna perkhidmatan grab dan mycar tapi untuk bertolak dari Bukit Merah Laketown Resort ke ktm tiada perkhidmatan e healing di sana. Korang boleh minta pihak resort panggilkan teksi untuk korang. Semoga perkongsian ini membantu korang yang ingin menggunakan perkhidmatan awam dari Perlis ke selatan.

Comments

  1. teringin jugak nak naik ets. bilalah nk ada rezeki

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi naik ets ni...tapi, memang ada hajat nak naik ets jalan2 satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. agak membantu info ini untuk traveller yg tiada transport
    i dah lama jadi org KL pun tak prnh naik ETS lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang KL senang banyak alternative transport, kami dari perlis just ada ets, komuter dan bus jer.

      Delete
  4. menariknya.. kami pernah gak nak try buat mcm ni nanti

    ReplyDelete
  5. Tak pernah naik ETS lg. Bestnya ada cafe, surau n tandas. Hihi. Yalah ETS perjalanan jauh kan. Mest lah kena ada semua kemudahan tu. Hehe. Lagi selamat juga dr naik flight 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la untuk perjalanan jauh. Bab selamat tu Insha Allah rasa lebih terjamin dengan train.

      Delete
  6. Rajin nay berjalan2..banyak penagalaman luas pandangan..ingat selalu zikir dalam hati mohon Allah selamatkan walau di mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas peringatan cikgu. Insha Allah zumal ingat

      Delete
  7. tengah riki nak naik ETS p penang. hehe... duk buat bajet lagi ni. owh tix diskaun tu beli di kaunter ke?

    ReplyDelete
  8. best kan naik ETS...so far sy setakat ipoh je. nk ke utara selalu sold out wpn bkn hari cuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu semalam pun dari ipoh ke arau dah sold out jadi zumal naik bas jer

      Delete
  9. Ets bagus moden dan bersih. Biasa naik dari kl ke penang. Boleh ambil gambar pemandangan luar dari dalam ets untuk blogging. Train tak goyang macam train dulu dulu :)

    ReplyDelete
  10. Banyak berjalan ..bertambah banyak pengalaman..sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts