MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat

Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23

PUTRAJAYA, 20 Mac 2019 – Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah turut menyertai beberapa aktiviti sempena MSSCC 2019


[Dari kiri] Chef Abdul Muluk, Corporate Executive Chef of MAGGI®; Tuan Haji Othman bin Hashim, Pengetua SMKA Putrajaya Presint 11; Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia; Mr Lester Khan, Head, Shopper & Consumer Engagement of MAGGI®; Ms Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI® dan Encik Amat Roslan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya, diikuti para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan.

Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.
Terbaik! Encik Suhami Sun Bin Abdullah, Ms Kimberly Oh dan Chef Abdul Muluk menunjukkan menu yang telah disiapkan oleh peserta: Hidangan lazat dan seimbang.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”

“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”
[Dari kiri] Chef Abdul Muluk, Corporate Executive Chef of MAGGI®; Tuan Haji Othman bin Hashim, Pengetua SMKA Putrajaya Presint 11; Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia; Mr Lester Khan, Head, Shopper & Consumer Engagement of MAGGI®; Ms Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI® dan Encik Amat Roslan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya, diikuti para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan.

“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.

Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.  

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.

Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.
Also you have to read article by nufuture.com

Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.  

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.


Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Comments

  1. Wah terbaik story ni Zumal

    ReplyDelete
  2. kanak2 yang ada bakat memasak boleh join. platform asah bakat..

    ReplyDelete
  3. zumal boleh menyertai peraduan ni juga

    ReplyDelete
  4. Bagus ada bakat2 muda dicungkil spt ini.. terbaik.

    ReplyDelete
  5. ANAK2 MUDA MINAT KULINARI ELOKLAH MENCUBA CARI PENGALAMAN N RAIH PELUANG BISNIS

    ReplyDelete
  6. Satu event yang sangat menarik untuk mencungkil bakat memasak di kalangan anak-anak muda.

    https://cutiedailydesigns.blogspot.com/2019/03/kisah-satu-malam-part-i.html

    ReplyDelete
  7. Macam-macam usaha maggi kan.

    ReplyDelete
  8. jenama yang x asing lagi.. nice share..

    ReplyDelete
  9. Tetiba rasa nak makan meggi..
    masak meggi kari, letak telur sebijik...makan panas2..sedapnya.. :)

    ReplyDelete
  10. Kita dah tua2 pun tak berapa nak pandai masak. Hope adik-adik & anak-anak nanti pandai masak dan boleh join pencarian gini. ;)

    ReplyDelete
  11. baguk event ni boleh mengasah bakat2 terpendam remaja

    ReplyDelete
  12. Baguih MAGGI@Nestle ni rajin anjurkan aktiviti sosial yang macam ni 😎

    ReplyDelete
  13. Baru-baru ni team maggi ni dah sampai kat sekolah anak Mrs. A si Adik tu dapat jugaklah dia macam-macam perencah dari maggi hiks!

    ReplyDelete
  14. syok zaman la ni ada program camni hehe

    ReplyDelete
  15. semakin ramai chef cilik berbakat.. malu pulak kalau yg dah senior2 ni tak reti masak lagi.

    ReplyDelete
  16. tetiba rasa nak makan maggie pecah telur. hihi

    ReplyDelete
  17. Bagus Maghi adakan oencarian bakat muda ni kan .Bolehlah masing2 tunjuk skill

    ReplyDelete
  18. Elok ni untuk anak-anak yang ada bakat memasak. Ia macam platform permulaan bagi mereka untuk mengasas bakat yang terpendam

    ReplyDelete
  19. baguslah maggi sini...sentiasa ada program bagus untuk mengasah bakat dr peringkat bawah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts