MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION DAH MAI DAH

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Cuti sekolah dah dekat dah ni? Korang nak cuti di mana nanti ? Bila ingat nak bercuti confirm la teringat Matta Fair. Kenapa? Tentunya sebab banyak tawaran pakej percutian di sana. Banyak pilihan menarik lepas tu boleh nak banding-banding harga antara company yang join. Matta Fair 2019 bakal bermula 15 hingga 17 Mac 2019 ni. Eh sempat pergi ke tu? Dekat PWTC tau, Kuala Lumpur tu dah ler jem. Waduh waduh!!! Bagaimana nih???

Traveloka Sale-abration
Kalau tak sempat nak pergi ke Matta Fair janganlah pula rasa kecewa pula tau, sebabnya Zumal dengar Traveloka ada promo terbaru iaitu Traveloka Sale-abration. Traveloka Sale-abration pun ada tawaran diskaun hebat untuk kita semua dan ianya hadir dengan harga yang sangat menarik. Percutian impian kita pastinya dapat diteruskan jua. Seronok la tu kan??? Pastinya seronok sebab apa yang kita impikan akan jadi kenyataan.

Sebelum terlupa Zumal nak kongsi sikit kenapa korang perlu pilih Traveloka Sale-abration nih. Mesti korang nak tahu kan??? Pertamanya sebab Traveloka nih selalu bagi tawaran gempak dengan harga sangat berpatutan tau. Traveloka nih menawarkan lebih dari 100000 perjalanan di seluruh dunia dan menawarkan lebih 100000 hotel yang terbaik. Kemudiannya Traveloka ni telus tau, apa harga yang diiklankan tu, itu je yang korang kena bayar, Traveloka tak kenakan caj-caj tersembunyi tau. Zumal suka Traveloka sebab boleh beli pakej hotel + penerbangan, tak perlu risau nak beli lain-lain tempat. Paling best tawaran pakej pelancongan di Traveloka segalanya dalam online tau, tak perlu berebut-rebut pergi mencari travel agency, tak perlu bersesak dalam jem nak pergi tengok tawaran pakej pelancongan, tak perlu bayaran entri masuk dalam event bagai, Tak perlu nak bayar tol, tak perlu nak isi petrol kereta kerana semua dihujung jari jer. Mudah kan??? Sangat-sangat mudah pilih dalam online jer apa korang suka. Scroll jer pakej yang menambat hati  korang dan click jer mana yang berkenan. Yang pasti phone korang tu kena ada data jer.

Macam mana nak book pakej online Traveloka Sale-abration nih??? Mudah jer korang! Korang just perlu install aplikasi Traveloka di dalam smart phone korang. Bila dah install aplikasi Traveloka tu, korang isi segala details yang diperlukan dan sekarang korang dah boleh pilih ke mana destinasi percutian impian korang. Mudah sangat tau! Budak sekolah pun pandai buat tau!

Jom Zumal ajarkan bagaimana nak install aplikasi Traveloka dan cara untuk korang guna aplikasi Traveloka ni.

  • Korang mesti ada telefon pintar. Telefon korang mesti versi android atau IOS.
  • Buka Google Play Store atau App Store
  • Cari la Traveloka (macam dalam gambar di bawah) tak berat pun cuma 30MB jer. Game yang berat pun korang sanggup install kan? Ini sikit jer jangan risau.
Klik Install



  • Lepas install aplikasi Traveloka dalam telefon korang, korang perlu ikut arahan macam dalam gambar di bawah yer

Pilih bahasa dan klik continue
  • Pilih bahasa apa yang ingin korang gunakan. Contoh di atas Zumal pilih Bahasa Inggeris

Klik next atau boleh jer nak skip 


Klik next


Klik pada Okay, I'm in 

  • Klik pula pada 'Okay, I'm in!’. Kemudiannya korang perlu isi details tentang diri korang yer. Mudah jer tak macam level exam SPM pun.
  • Dah siap semua diisi aplikasi Traveloka korang akan tunjuk seperti di bawah.

Klik pada promo Traveloka Sale-abration

  • Okay apabila dah siap isi segala maklumat yang diperlukan, korang boleh terus gunakan aplikasi Traveloka korang. Klik pada Ongoing Promos tu untuk pilih tawaran yang sedang berlangsung di Traveloka. Sekarang la masanya korang perlu klik promo Traveloka Sale-abration nih. Pelbagai potongan ohsem menanti korang. Ternyata berbaloi beb!!!



Dah ada aplikasi Traveloka dalam telefon ibarat dunia ni dalam genggaman kita dah. Kenapa Zumal kata macam tu? Korang nak ke mana saja hanya di hujung jari jer. Korang jangan tak tahu, Traveloka ni kalau tak ada promo Sale-abration pun ianya tetap murah dan berbaloi tapi kadang-kadang korang terjumpa pakej yang harganya sangat menggugat iman maybe masa promo Traveloka Sale-abration ni pun tawarannya boleh buat korang rambang mata nak pilih.

Bila dunia dah ada dalam genggaman korang, korang tak perlu menanti Matta Fair Promo lagi yer. Kadang-kadang kita ni tak ada masa, tak ada cuti. Baik korang simpan cuti hanya untuk travel sepenuhnya daripada membazir masa terkejar ke sana-sini untuk cari travel agency. Travel agency bukannya tak best tapi kalau korang pilih pakej mereka pasti korang akan terikat dengan schedule mereka. Sebab kebanyakan travel agency tawarkan pakej dalam group. Omg cuti apa nih kalau tak bebas. Korang perlu bebas macam burung terbang barulah merasai nikmat cuti tu. Tentunya Traveloka pilihan terbaik!

Macam mana? Dah install ke aplikasi Traveloka dalam telefon korang tu? Aplikasi Traveloka adalah all in one app, tak perlu lagi cari aplikasi lain atau aplikasi berasingan untuk tempah perkara berkaitan percutian korang tu. Cepatlah install, tawaran Traveloka Sale-abration tengah menunggu tu!

Dah pilih ke destinasi percutian impian korang tu? Nak cuti di mana tu? Nak ke Paris? Atau nak cuti dalam negara jer? Nak ke mana? Langkawi, Tioman, Redang? Jangan risaulah dengan Traveloka ni korang boleh pilih destinasi dalam dan luar negara. Segalanya dalam hanya satu aplikasi. Ingat travel ingatlah Traveloka! Apa yang korang tunggu lagi jomlah travel dengan Traveloka!

Jangan lupa share tawaran terbaik kepada semua yer.

Comments

  1. Lama tak singgah sini. Zumal apa khabar? Nice info for those yang ada plan untuk bercuti.

    ReplyDelete
  2. Tak sabar rasanya nak ke Matta Fair...dan nak juga jengah tawaran Traveloka ni...

    ReplyDelete
  3. mmg suka booking hotel thru traveloka..murah lps tu ada diskaun lg

    ReplyDelete
  4. best...kadang2 belek juga traveloka untuk buat perbandingan harga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts