TAMPIL HEBAT DENGAN DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ini Zumal nak perkenalkan produk hebat dari rangkaian jenama kegemaran Zumal. Produk yang khusus buat jejaka seperti Zumal.

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Ini kerana gaya hidup jejaka yang sentiasa aktif akan membuat badan berpeluh terutama ketiak. Bagi seorang lelaki sudah menjadi kemestian mempunyai produk deodoran dan juga pewangi badan untuk kekal segar sepanjang hari.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY


Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam satu botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat  DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120 ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.
DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY kini hadir dalam variasi:


  • HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.
HATTRICK

  • ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.
ULTIMATE KICK

  • SPEED -  Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

  • HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ini hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.

Tentang WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

WIPRO UNZA mempunyai 24 jenama dibawahnya. Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.

Comments

  1. Pakusu PC suka dengan brand dashing ni..

    ReplyDelete
  2. Jalan2 musim raya ni, kena jaga bau badan.

    ReplyDelete
  3. boleh buat hadiah ni klau balut cantik2,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatkan satu set tu memang cantik buat sebagai hadiah

      Delete
  4. Saya pun memang pengguna Dashing. Wangi dan menyenangkan.

    ReplyDelete
  5. dulu plg suka bedak dashing sbb wangiii

    ReplyDelete
  6. dulu ana pun suka bau bedak dashing hehe

    ReplyDelete
  7. kereen kak artikelnya.. mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete
  8. pakai Dashing terus hensem hihi

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Wow, nanti keluar nak pakai banyak2 kot ada terpikat la

      Delete
  10. kewl la zumal pakai dashingg hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi pakai jenama ni dari dulu tak tukar2 tau

      Delete
  11. ini khas untuk lelaki ke perempuan or both can use?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk lelaki la Cik Itah tapi kalau perempuan pakai pun xde orang tahu. Hihi

      Delete
  12. Wangi !! Suka baunya tu walaupun ianya khas untuk lelaki

    ReplyDelete
  13. cewah memang terbaik ini..

    kalau ada kesempatan memang teringin untuk sembat satu.

    biar jadi lelaki hebat seperti zumal..

    hehehehe

    ReplyDelete
  14. wow...rasa nak sembat satulah

    ReplyDelete
  15. The fragrance spray is quite nice :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts