BELI DEKODER MYTV SECARA ONLINE


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tahukah anda seluruh Malaysia akan melangkah ke satu era siaran digital mulai 30 September 2019 ini? Kepada anda yang masih menggunakan antena analog, anda tidak akan menerima siaran TV selepas 30 September 2019 nanti. Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara yang menggunakan siaran digital sepenuhnya selepas negara Singapura dan Brunei. Sistem digital ini akan membolehkan anda menikmati mutu siaran lebih baik dan berkualiti. Walaupun anda masih menggunakan TV lama siaran digital boleh jadikan gambar di TV anda dalam bentuk HD. Bermakna anda akan nampak gambar lebih cantik dan terang.

Di mana untuk dapatkan dekoder?


Anda belum ada dekoder? Jangan risau kerana di mana-mana kedai elektrik atau kedai menjual TV ada menjual dekoder. Jika anda mahukan siaran berbayar, anda boleh melanggan Astro. Bagi anda yang ingin siaran percuma ada boleh membeli dekoder NJOI atau pun MyFreeView. 

Jika anda membeli TV jenis IDTV atau DTTV anda tidak perlu lagi memasang dekoder kerana ianya telah wujud dekoder terbina dalam. Jadi anda hanya perlu sambung TV anda kepada antena UHF. Sekarang anda boleh pilih sama ada beli dekoder atau tukar TV baru.

Apa itu MyFreeView ?

MyFreeView atau Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Beli Dekoder Secara Online

Tahukah anda, bahawa anda boleh membeli dekoder MyTV ini secara online. Anda boleh memilih untuk beli dari dalam negara ataupun di luar negara. Ianya ada dijual di Lazada dan Shopee. Bagi anda yang ingin beli dekoder melalui Shopee jom tengok video berikut.



Sekarang anda dah boleh beli dekoder anda. Selamat datang ke dunia penyiaran digital.

Comments

  1. wahh boleh beli sendiri je la kat shopee. TQ zumal info :)

    ReplyDelete
  2. TV dah ada iklan suruh tukar jadi MYTV
    Keluarga I dah ada Njoi not sure if still work after the digital runs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Njoi adalah salah satu pilihan dekoder digital. Tak perlu tukar...

      Delete
  3. Oohh TV sekarang... Lame dah x tengok TV, kaki streaming mmg x tgok TV.. Adik-adik je tengok TV..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ada Ai, banyak pilihan. Kalau nak murah yang dari China tu tapi kena sabar menunggu la

      Delete
  5. disebabkan dlm tv jenis terkini dah ada build in decoder, so sy cuma sambungkan wayar ke aerial sj utk dpt kn siaran

    ReplyDelete
  6. hidup saya dah lama lupakan tv...

    bila tengok TV pun dah rasa tiada feel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun jarang tengok TV, lagipun rumah tak ada TV 😌

      Delete
    2. tak pe bro...boleh lupakan terus TV tu

      Delete
    3. Hehe ok la Zumal tak jadi beli tv

      Delete
  7. nak beli jugak nanti dekoder atau pun smart tv..belum decide lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts