DESIGN PELBAGAI PRODUK IKUT CITARASA SENDIRI DI CUSTOM.MY

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pernah tak anda cetak baju atau apa-apa produk sebelum ni? Mesti ada atau pun anda baru terfikir nak buat. Jangan risau hari ni Zumal nak kongsi satu platform baru untuk anda pesan pelbagai barangan lebih dari 200 produk di CUSTOM.MY mengikut design anda sendiri.

SATU PUN BOLEH!

Kadang-kadang kita nak ada produk yang khas untuk kita guna berbeza dengan orang lain misalnya kita ada restoran dan perlu tudung meja. Nak beza daripada restoran lain, kita kena tempah sendiri dan ianya lebih nampak eksklusif daripada restoran lain. Atau pun kita nak beli hadiah buat yang tersayang dengan design kita sendiri, lepas tu nak order satu je, mesti kedai tak nak buat dan kalau ada pun mesti mahal kosnya. Sekarang tak perlu risau lagi dengan CUSTOM.MY tempah satu pun boleh, harga pula mampu milik ! Mesti penerima hadiah tu akan rasa sayangkan anda dan sangat hargai pemberian anda tu 😍

Paparan mobile CUSTOM.MY


BAJU REWANG DAN FAMILY DAY

Sekarang kebanyakan keluarga ada wujudkan group sendiri untuk menjalankan pelbagai aktiviti keluarga bersama-sama. Kadang-kadang ada juga yang rancang buat family day atau majlis-majlis tertentu dan kenduri-kendara. Bila buat event macam tu kita nak juga ada kenangan yang boleh disimpan selain daripada gambar misalnya t-shirt dan cenderamata

Contoh Baju Di CUSTOM.MY

Di CUSTOM.MY anda boleh tempah design t-shirt anda sendiri tanpa minimum order. Harga pun berpatutan. Nak abadikan dalam gambar kenangan pun cantik jer.

JERSEY

Di CUSTOM.MY juga anda boleh memesan jersey mengikut design sendiri. Selalunya anda hanya boleh tempah baju jersey di tempat lain tapi CUSTOM.MY anda boleh juga tempah satu set termasuk seluar. Mana tahu anda ada team futsal atau bola sepak, pakai jersey dari CUSTOM.MY dah buat lawan anda ketar lutut tau. 


BAJU KERJA ATAU BAJU KORPORAT

Zumal sebenarnya dah lama nak designkan baju korporat sendiri untuk pakai semasa event. Di CUSTOM.MY pun boleh order. Bukan saja anda boleh design sendiri tapi anda boleh pilih jenis kain untuk baju anda tu. Begitu juga jika anda miliki syarikat dan nak uniform cantik boleh la tempah di CUSTOM.MY ini. 

Baju kerja | uniform

DIPERCAYAI

Selalu orang tak nak order online kerana risau scammer ataupun ianya fake. Tapi anda tak perlu risau dengan CUSTOM.MY kerana ianya betul-betul boleh dipercayai. 

CUSTOM.MY pernah menerima tempahan daripada :

1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
2. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
3. Universiti Selangor (UNISEL)
4. Universti Teknologi Mara (uiTM)
5. Kolej PolyTech Mara (KPTM)
6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
7. iFlix
8. CIMB Foundation
9. Movie Animation Park Studio (MAPS)
10. Thunder Print

Kalau anda still tak percaya Zumal anda boleh terus ke kedai fizikal mereka beralamat seperti di bawah:

Alamat:

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
NO 46A, HALA TAMAN MERU 11,
MERU 2B 30020 IPOH,
PERAK MALAYSIA 
LAT LONG :4.661083, 101.067278

Masa Operasi:

Isnin- Jumaat 9:00 AM - 6:00 PM

No tel: 05-5252144
Whatsapp: 013-484 5800
Telefon Bimbit: 013-484 5800

Untuk Maklumat Lanjut 

Comments

  1. sekarang dah makin mudah, kan?

    ReplyDelete
  2. Senang lah lepas ni kalau nk print baju family day. Best sebab takde min order.

    ReplyDelete
  3. Interested juga, kalau boleh buat custom made baju renang mampu milik.

    ReplyDelete
  4. kalau ada organisasi yang tempah ..memamng boleh dipercayai sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan Hanafi, kita tak perlu was-was lagi

      Delete

Post a Comment

Popular Posts