MINTA TOLONG LIKE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal ada masuk contest merdeka yang dianjurkan oleh page WETRA. Wetra ni pengeluar kopi 3 in 1 yang selalu ada jual kat kedai-kedai seluruh Malaysia.   Cara nak menang contest ni adalah berdasarkan like pada gambar penyertaan. Jadi Zumal nak minta tolong korang semua untuk like page www.facebook.com/wetraofficial dan like gambar penyertaan Zumal seperti di bawah di dalam page tersebut. Likers yang tidak like atau follow facebook page dianggap tidak sah. Tempoh peraduan : 14 Ogos 2019 – 28 Ogos 2019 11.59pm

Cari gambar ni di dalam page WETRA yer
Zumal join ni semata-mata yang nak bayar hutang je. Maklum la duit-duit review tak dapat-dapat lagi. Sedih oooi. Orang yang minta hutang bukan faham pun kerja blogger. Kekadang tengok kita makan sana-sini ingat kita dah jadi jutawan kot. Dia tak tahu tu food review tak keluar duit pun. Kita cuba cara lain pulak. Susah berhutang dengan orang tak faham bahasa. Tu pun tak minta pun nak hutang, sebab Zumal dah tahu nak dapat duit tu susah. Dia yang nak sangat repair kereta Zumal tu, kata nanti ada hang bayaq. Ni tak ada pun mai cari macam ahlong. Hmmm sekarang rasa macam kena game jer. Ok la Zumal tahu dia baca blog ini. Harap korang tolong Zumal yer. Liker tertinggi 600 lebih tau, Zumal baru dapat 20 lebih. Tolong yer, semoga Allah beri rezeki buat kita semua. Aamiin...

Comments

  1. Done like.. Semoga berjaya ye encik zumal.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Done like. Semoga dipermudahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. saya yakin dan percaya bro Zumal bakal menjadi orang hebat

    percayalah disetiap kesusahan dan kesempitan yang kita alami akan disusuli dengan kesenangan .

    Jom bahagia dan gembira selalu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro Hanafi. Zumal bukan orang yang kuat tapi still boleh senyum dan ketawa. Tak tahu la boleh jadi insan berjaya ke tidak

      Delete
  4. I truly like your strategy for blogging. I bookmarked it to my bookmark site list and will also be checking back soon. Eminem is an American rapper and one of the most successful artists in hip-hop. As of 2020, Eminem net worth is now estimated to be $230 million.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts