SELAMAT HARI KEMERDEKAAN


Assalamualaikum, Salam Merdeka dan Salam Sayangi Malaysiaku buat semua. Hari ini Malaysia telah pun mencapai umur kemerdekaan yang ke-62. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semoga negara kita akan terus maju jaya, gilang-gemilang dan aman sentosa dengan rahmat Allah.

Kenangan Hari Kemerdekaan

Hari ni Zumal nak kongsi sedikit kisah 31 Ogos dalam hidup Zumal. Sejak sekolah rendah Zumal masuk badan beruniform iaitu pengakap. Tu pun kena paksa dengan arwah tok wan dan cikgu. Arwah tok wan dulu jurulatih kawad pengakap di Perlis. Bab pengakap dan disiplin ni memang sentiasa terikut sampai di rumah la. 

Ok apa kisah hari kemerdekaan? Kisahnya setiap tahun Zumal mesti kena ikut perbarisan. Masa tu perbarisan di Perlis masih pada siang 31 Ogos. Sekarang depa kawad malam merdeka.

Kenangan masa rehearsal bersama JKM beberapa tahun lalu

Selalu kalau masuk perbarisan ni lepas subuh dah kena pergi sebab nanti jalan tutup. Kalau masa rehearsal tu boleh la lewat sikit. Biasanya sampai hari kejadian ni mesti tak sama kedudukan kumpulan kami seperti masa rehearsal sebabnya masa hari merdeka peserta bertambah. Depa dah la tak rehearsal lepas tu masuk perbarisan hari sebenar. Berkecamuk la jadinya. Tapi seronok ja sebab ramai kawan dan ada juga kaki buli.

Kalau tengok geng kawad Zumal macam tak ada lelaki pun 😅

Sekolah menengah, Zumal masih bersama pengakap dan setiap tahun akan join perbarisan. Asyik muka Zumal je kan. Tu pun ada sahabat karib satu pengakap dari sekolah rendah sampai sekolah menengah namanya Adrian Sani. Rindu sahabat ni, lama tak jumpa.

Habis sekolah masuk universiti pun masih kekal pengakap. Kalau di sekolah habis tinggi jawatan setiausaha ja, masuk U start dengan setiausaha, tahun lepas tu timbalan pengerusi dan last year pengerusi kelana siswa. Tapi kawad dalam kampus jer. Masa hari merdeka kami cuti, semua balik kampung dan Zumal berubah baju jadi ahli KRT pulak. Kena juga masuk perbarisan. Cuma dengan KRT ni tak kena kawad betul-betul. Lenggang jer. Hmmm setiap tahun kawad.

ATM ja kalau kawad tak pernah main-main walaupun rehearsal

Pada tahun 2013 Zumal kerja sambilan di sebuah jabatan kerajaan, 31 Ogos terpilih berkawad juga. Satu ja nak cerita masa rehearsal geng laki tak pernah pergi keculi Zumal 😁 Masa hari sebenar baru nampak muka. Paling seronok join perbarisan dari zaman KRT sampai masa kerja di JKM ialah dapat baju baru. Itulah pengalaman Zumal di tarikh 31 Ogos setiap tahun, sertai perbarisan. Tahun 2016 dah berhenti, jadi kawad pun berhenti terus. Pencen. Dengan KRT pun tak aktif dah. Rindu nak aktif semula dengan masyarakat tapi kini dah tak berdaya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts