FOOD DELIVERY DI PERLIS KEDAH

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tahniah buat para penerima ABPBH32 semalam. Zumal tak tengok pun tapi tahu ler juga artis yang terima anugerah dari IG @alhaalfa tu. Zumal bila la nak dapat anugerah kan. Hmmmm.

Okay. Berbalik kepada tajuk hari ni adalah Food Delivery Perlis, sebenarnya orang Perlis dan Kedah ni susah jumpa perkhidmatan delivery makanan ni. Maklum la syarikat pengendali perkhidmatan ni ingat kami semua orang utara rajin keluar pi cari makan. Sebab semua dekat belaka. Tapi kalau depa buat perkhidmatan delivery kami boleh kurangkan rajin tu sikit. Confirm masak pun tak rajin dah.


Sebelum ni Zumal ceritakan tentang Mekdi Kangar ada delivery dan kali ni nak cerita FOODPANDA pun dah masuk Perlis tau. Jadi makin senang la nak makan kalau time kemalasan menjelma tu.

Niat Zumal share tentang perkhidmatan delivery makanan di Perlis sebab Zumal antara ahli group wasap dan facebook untuk delivery makanan di Perlis ni. Selalu yang sedia perkhidmatan delivery tu ada minimum delivery. Kesian la dekat orang yang nak order sikit tu tak dapat beli. Sekarang bila ada FOODPANDA anda tak perlu risau dah. Satu pun depa hantar. Orang bujang macam Zumal ni memang suka gila la perkhidmatan delivery makanan macam ni.

Semalam Zumal dah try guna perkhidmatan delivery FOODPANDA ni, Alhamdulillah memang cepat dan terbaik. Kurang 30 minit makanan yang Zumal order dah sampai. Boleh bayar online dan boleh bayar cash. Banyak pilihan kedai yang ada dalam FOODPANDA ni. Semua menu best-best dan menggoda.


Zumal order keropok lekor cheese semalam. Memang terbaik ler. Rasa sedap. Boleh order lagi kalau lapar.

Hampa semua dah install FOODPANDA ke? Kalau belum install tu, nanti hampa klik link berikut  https://fdpnda.app.link/cHF9NXDy4Z dan hampa akan dapat potongan RM15 untuk second order menggunakan perkhidmatan FOODPANDA ini.

Comments

  1. kenapa foodPANDA bukan foodCHICKEN ke...foodFISH ke hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bila rajin order nanti bulat macam panda. Kerja makan tidur je

      Delete
  2. pernah dah install apps tu...carik2 menu yg nak order..TAK DOK..so lastnya masak sirik nak mkn..sejak tu terun uninstall :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya, Zumal terjebak masa di Kelantan Raya Aidiladha hari tu. Maklum la time raya jem kat sana, jadi kita suruh panda hantaq subway 😁

      Delete
  3. peluang untuk rakyat kuat makan hehehe

    sedap just order..makanan sudah sampai

    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe bro..

      yang pentimg happy selalu

      Delete
    2. Ni dah beberapa hari zumal makan dan muntah, bangun jalan je muntah. Cuti la order dari panda

      Delete
  4. skarang smua dihujung jari..tkpayah penat2 kuar...tp akak tk pernh lg guna cuma slalu tgk kwn2 order...kdg2 ada voucher diskaun kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bila ada voucher tu la rasa rajin makan. Ni ada lagi voucher MALAYSIAKU boleh redeem sampai 30 September ja. Diskaun RM6.20

      Delete
  5. Langkawi dah ada ke....kalau ada best la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada dah kot. Try usha. Klik link Zumal tu...

      Delete
  6. di Temerloh pun baru ada foodpanda ni. lebih mudah la lepas ni

    ReplyDelete
  7. Nanti kita download ye. Nak try juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu ciktie guna link dekat atas dapat diskaun rm15 untuk order kali kedua

      Delete
  8. Thank you for posting with us. I also love food delivery, this serve helps us very much and make convenient. See Instagram photos and videos about food from 'Pictaram' hashtag.

    ReplyDelete
  9. nak try bungkusit pas ni hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts