IDEA BISNES KAWASAN PANTAI, SUNGAI, TASIK DAN KOLAM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Masa kini ramai rakan-rakan kita berjinak-jinak dengan bisnes. Kekadang dah ada kerja tapi hujung minggu buat bisnes part time pulak. Alhamdulillah baguslah begitu.

BISNES HUJUNG MINGGU

Selalunya bila kita kerja setiap hari Isnin hingga Jumaat, hujung minggu mesti nak berehat bersama keluarga dan beriadah di tempat-tempat pelancongan atau rekreasi. Tahu tak bahawa anda boleh beriadah dan juga berniaga. Buat 2 in 1. Contohnya anda pergi kawasan rekreasi untuk bawa family tapi di samping itu anda buat bisnes di situ, misalnya jual jajan, jual pancing, jual mainan, jual layang-layang atau buat sewa mainan bermotor atau juga anda boleh buat sewa kayak atau bot.

SEWA BOT


Bukan semua tempat ada buat sewa kayak atau bot di kawasan rekreasi berair ni. Itulah peluang anda. Kadang2 kalau ada pun tak menang tangan. Jadi anda boleh la pergi tumpang rezeki sama. Nak buat sewa kayak, besar pulak nak angkut yer. Sebab tu Zumal suggest anda buat sewa bot. Bot angin ni boleh pam bila nak guna. Guna pam manual pun boleh. 

ANGGARAN KEUNTUNGAN SEWA BOT


Anda cuba bayangkan jika anda ada 5 buah bot angin. Jika anda sewa 1 jam dalam RM20, 5 bot x RM20 = RM100. Itu baru 1 jam, bayangkan anda buat 3 jam hari tu, dah RM300 masuk poket hari tu. Kalau anda buat pagi 3 jam, petang 3 jam dah RM600. Kalau buat bisnes ni dua kali seminggu anda dah dapat RM1200. Banyakkan??? Macam mana anda nak cuba? Cuba anda target cuti sekolah yang panjang confirm duit bisnes lebih dari gaji anda kan. Berapa bajet nak buat bisnes ohsem ini? Anda boleh baca selanjutnya DI SINI

Comments

  1. Menarik cadangan tu zumal pada yg nk buat side income.

    ReplyDelete
  2. Cadangan tu baik tetapi kita kena ambil kira juga atas tanggung jawab dalam hal keselamatan.

    ReplyDelete
  3. orang kalo otak business letak la mana2 pun jadi duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm betul tu. Thanks follow Zumal, Zumal dah followback

      Delete
  4. kalau kena cara marketingnya dan ilmu bisnes yg sesuai pasti boleh berjaya

    ReplyDelete
  5. wow..menarik nie.

    inilah dinamakan lubuk rezeki dan jika betul caranya boleh dapat duit dengan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga membantu menjana ekonomi mereka

      Delete
    2. mudahan boleh dimanfaat kepada mereka yang berminat

      Delete
  6. nice.. pandai cari peluang, kreatif, berfikir di luar kotak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekadar berkongsi agar memberi semangat pada yang lain

      Delete
  7. kat kawasan taman tasik Slim River pun ada org bisnes Giant Bubble & Layang-Layang.. weekend mmg ramai org bwk anak2 beli hehehe

    ReplyDelete
  8. memang boleh dipertimbangkan bisnes ni
    tapi kalau hujan atau cuaca terlalu panas pun akan affect the business

    ReplyDelete
  9. Jemput join segmen sy ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts