KERANA RM6.2 OFF


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Buat ape tu? Dah lunch ke? Kalau belum tu jom order dengan FOODPANDA.

Hmmm hari ni Zumal nak kongsi kisah lucu tengah hari semalam. Memang cerita bab FoodPanda juga. Disebabkan hari Isnin hingga Khamis jer boleh redeem voucher, jadi Zumal pun order la Mekdi melalui FoodPanda.


Semalam sebenarnya tak ada pun cash dalam wallet kecuali sekeping RM1 dan beberapa duit syiling. Kalau sebelum-sebelum ni Zumal order app akan bagi kita pilih nak bayar cash atau banking. Tapi semalam masa klik tu fon tetiba buat hal 'hang' pulak. Dia terus order untuk bayar cash. Jadi Zumal pun gelabah biawak beb. Mana tidaknya sat lagi 🐼 sampai aku nak bayar pakai apa. Sistem barter???

Apa lagi terus start keta yang petrol dah nazak pergi cari atm terdekat. Fuh kerana nak dapat potongan RM6.20 tu punya pasal. Kelam kabut jadinya. Masa withdraw duit tu ada lagi 15 minit jer sebelum 🐼 sampai. Tetiba masa nak balik boleh stuck jem di roundabout Kangar tu ( Perlis pun jem juga sekarang) Zumal dah macam kucing nak beranak dah jadinya 😅

Tapi Alhamdulillah sampai jer rumah tengok Mekdi belum prepare pun order Zumal. Hairan betul. Tetiba naik notification Mekdi cancel order I. Geram lak rasanya wei. Aku dah terkejar-kejar dia boleh cancel lak.

Sekarang Zumal baik jer, takde pun nak maki-maki nanti tambah dosa jer. Zumal order la sekali lagi. Akhirnya nasi lemak Mekdi sampai ke depan rumah.



Inilah first time dapat packaging nasi lemak Mekdi macam kawan-kawan order tu. Yang sebelum ni Zumal order macam bekas bubur nasi je. Maybe kena order dengan ayam rasanya kan. Alhamdulillah makan kenyang, ada diskaun pulak. Kalau takde diskaun Zumal masak jer macam hari ni.

Korang dah install FOODPANDA app dalam telefon ke? Kalau belum mai klik link ni https://fdpnda.app.link/cHF9NXDy4Z dapat potongan RM15 untuk order kali kedua.

Comments

  1. Untunglah rumah dkt pekan hihi. Kmi jauh ke dlm panda xmau hantar huhu

    ReplyDelete
  2. food panda ni takde minimum amount ye? kalau grab ke order RM25 and above kan?

    ReplyDelete
  3. cerita ini memang mendebarkan ..

    bersyukurlah masih ada RM15 dalam ATM.

    saya pernah lalui tiada duit dlm ATM dan beg duit.

    ditambah lagi tiada stok makanan..

    macam mana tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hanafi, RM15 bukan dalam ATM tapi potongan yang dorang dapat bila klik link Zumal jer. Dalam ATM ada baki RM20 yang tak boleh dikeluarkan je. Minimum dalam cimb kena ada RM20

      Delete
    2. apa-apapun jumlah duit tidak penting

      yang penting tenang dan gembira selalu

      Delete
  4. saspen saja baca.alhamdulillah semua baik-baik sahaja endingnya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam benda saspen jadi dalam hidup Zumal beberapa hari ni

      Delete
  5. seronok la order makanan ada diskaun kn..rmi ckp nasi lemak mcd yg kalini sedap tp tk try lg

    ReplyDelete
  6. ouch rasa cemas nak bayar order tapi tak da duit dlm wallet
    kalau memang terpaksa, pinjamlah dgn kengkawan ataupun jiran sebelah dulu

    ReplyDelete
  7. lama x singgah sini. imma frequent user of foodpanda once but now i rarely use it. plus last time i was quite sad when my order was cancelled.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat sekarang order Zumal 2 kali cancelled. Tapi Zumal order semula

      Delete
    2. haha wow. but yeah it's not entirely their fault and it's normal.
      well last time i did order from them for my friend too. XD

      Delete
  8. Senanglah dah ada foodpanda ni..Dah takyah nak keluar bersesak beratur kan zumal..ORder je terus sampai rumah...jimat masa...boleh fokus nak buat benda lain..tempat kita tak cover banyak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Perlis pun tak semua tempat dorang masuk

      Delete
  9. hhhahaaha mekdi buat lawak.. boleh pulak cancel, mungkin sebab phone diorang pon hang agaknya..

    semoga dimurahkan rezeki ye... selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  10. Berapa byr nasi lemak tu lepas dpt diskaun rm6.20??? JM mkn nasik lemak rm1.50 jek 😬

    ReplyDelete
  11. Order through foodpanda ni mesti ada charge delivery kan???

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. JM tak tengok ejaan dorang sempena Merdeka dan Hari Malaysia ke? Dekat bangunan tu ada tulis Mekdi. Tapi sekarang maybe kembali McD kot

      Delete
  13. Kalau JM la kan..duit dlm dompet rm1++ sanggup x prdee sanggup x p atm..aahaha..sanggup lg mkn apa yg ada kat umah 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Zumal ada anai-anai, lipas, semut, cicak, nyamuk, lalat, langau, kucing dan tikus je. Peti sejuk pun xde.

      Delete
  14. hai zumal, maaf saya tak dapat BW buat masa sekarang. tapi saya ada SPECIAL GIFT UNTUK ZUMAL. nanti CLICK LINK INI ya:

    https://aniesandyou.blogspot.com/2019/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
  15. last2 kos jadi 6.20 juga haha sabar je la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kos minyak ke sana-sini lagi sangat tak berbaloi kan

      Delete
  16. Hahaha nak jimat sekali hahaha. Tapi ok jugalah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tu la tapi nak buat camne dah terpaksa

      Delete
  17. Tak install pun apps Foodpanda ni sebab tahu nanti mesti tangan asyik scroll je. Confirm kelaut diet haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, Zumal pun rasa macam nak sorok app ni

      Delete
  18. kes fp sekarang buat ramai yg boikot ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Perlis baru je masuk dah jadi gitu. Kesian rider

      Delete

Post a Comment

Popular Posts