McDonald's Delivery 24Jam Di Kangar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat berpuasa buat korang yang puasa hari ni sempena Hari Asyura. Alhamdulillah Zumal pun puasa juga. Ingatnya nak start dari semalam tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan. Hari ni pun demam beserta sakit-sakit biasa yang ada pada Zumal ni.

McD Delivery 24Jam Di Kangar

Kisahnya tak tahu nak sahur apa dan semalaman tak boleh tidur kerana rasa tak sihat sangat. Jadi Zumal try usha ada apa dekat2 rumah. Semua kedai tutup dah. Jadi try usha laman web Mekdi, baru first time buka pun. Selalu makan kat restoran ja. Dan first time juga la Zumal register untuk delivery. Rupanya perkhidmatan delivery Mekdi Kangar pun 24 jam macam tempat lain. Alhamdulillah boleh order untuk sahur. Kalau ikut masa untuk tunggu dia delivery adalah setengah jam camtu. Tapi dalam masa setengah jam tu Zumal dah siap makan tau. Hahaha. Cepat perkhidmatan depa. Zumal jer jakun lebih.

Apa yang menu sahur Zumal? Sekarang duk viral nasi lemak Mekdi jadi Zumal pun order la nasi lemak Mekdi. Harga nasi lemak Mekdi basic tanpa ayam ni RM7.54 termasuk air, lagi satu side menunya Zumal order burger McChicken Deluxe pada harga RM9.50. Sebenarnya lepas makan nasi lemak tu pun dah rasa kenyang. Jadi lepas makan burger terus jadi ular sawa.

Packaging untuk nasi lemak Mekdi

Nasi Lemak Mekdi

Nasi lemak Mekdi yang basic macam Zumal order ni ada telur mata, bilis, timun dan sambal. Sambal dia memang rare stail nasi lemak daun pisang la. Nasi lemak pun ok. Ikan bilis tu pun rangup dan menepati citarasa Malaysialah.

Burger memang dah sinonim dengan Mekdi dan tak perlu diperdebatkan lagi. Cuma tang burger ni ada rasa yang Zumal suka, iaitu mayonis Mekdi ni lain dari yang lain. Entah la mayo ke bukan tapi yang tu la sedap. Mayo kat stall burger tak rasa macam tu.

Set sahur Zumal

McChicken Deluxe
Apa pun bila dah ada perkhidmatan delivery ni mudah la kalau rasa malas keluar rumah atau korang tak ada kenderaan. Zumal cuma nak review perkhidmatan delivery oleh McDonald's Kangar jer bukan tunjuk ada duit atau boleh makan sedap-sedap yer. Sampai jumpa lagi...

Comments

  1. Amboi... Sedapnya sahur die.. Hehe.. Selamat berpuasa Zumal

    ReplyDelete
  2. Kak ana dah byk kali repeat nasi lemak mekdi tu. Kena dgn selera kak ana.

    ReplyDelete
  3. oohhh servis macam ni bagus kalau ada kes lapar tengah2 malam.. hehe, btw selamat menjalani puasa asyura.. lama tak singgah sini.

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah...

    dunia semakin dipermudahkan..

    tak perlu pergi ke mana-mana

    makanan boleh datang pergi ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma Zumal harap food panda beroperasi di Perlis

      Delete
  5. tak pernah delivery nasi lemak mekdi lagi. lain bekas dia.

    ReplyDelete
  6. suka juga guna delivery, terutama di kala memang mendesak

    ReplyDelete
  7. oh bagusnya tempat perlis pun ada mc delivery

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la KFC Delivery pun dah ada di sini. Kalau tahun lepas hanya Domino's Pizza dan Pizza Hut je buat delivery di Perlis

      Delete

Post a Comment

Popular Posts