TRICK DAPATKAN FOLLOWERS INSTAGRAM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni Zumal sekadar nak berkongsi satu ilmu yang sangat best bagi korang yang ada Instagram. Apa tu? Tentu saja untuk followers. 

Kalau macam Zumal ni sebagai seorang blogger nak apply job review dorang nak tengok juga sosial media kita. Selalu follower kalau bawah 2000 susah la dapat peluang. Oleh itu Zumal kena berusaha untuk jadikan follower Instagram ni bertambah.

Mulanya sebelum ni Zumal anjur beberapa giveaway untuk dapatkan follower tapi biasa la kalau hadiah sikit tak ramai yang join. Lepas tu kena peruntukkan hadiah pula untuk pemenang giveaway tu. Modal Zumal tak banyak dan tak besar mana jadi rasa kena cari cara lain.

Dalam meneliti beberapa laman IG yang tawarkan servis tambah follower, kini Zumal dah dapat korek la sedikit rahsia bagaimana dorang buat. Macam dalam 3 hari lepas follower IG @duniazumal hanya dalam 2100 saja tapi sekarang dah melebihi 2500 followers. Alhamdulillah berjaya juga. Tapi kita kena rajin la ikut step yang disuruh tu. Memang menjadi.

BEZA FOLLOWER BELI DENGAN TRICK INI

Ok Zumal nak terangkan sikit perbezaan followers yang kita dapat dengan yang membeli followers. Kita tengok sebenarnya followers yang diperolehi oleh orang beli followers ni tak aktif pun. Bagaikan pengendali servis hanya wujudkan fake-fake akaun untuk follow. Kita hanya nampak angkanya besar tapi bila tengok Insight IG seperti tak berubah. Almaklumlah followers tu tak ada tuan.

Dengan trick ini pula, kita dapat follower daripada suggestion Instagram sendiri. Misalnya kita follow sorang artis terkenal. Dan kebetulan pada masa yang sama ada orang baru follow artis tu dan timbul akaun IG kita sebagai suggest IG untuk orang tersebut follow. Selalunya yang follow kita adalah akaun IG baru. Biasalah budak-budak nak up ni akan follow retis, kita ni dorang tak nampak.

Untuk nak bagi IG sentiasa suggest akaun kita dan kita antara nama teratas dalam suggestion tu kita kena amalkan trick yang sama setiap jam. Kalau tak buat dah kemungkinan nama kita dah tiada dalam senarai suggestion tu.

AWAS!

Bagi korang yang nak buat trick di atas, sila patuh stepnya iaitu boleh follow dan unfollow jumlah yang diberikan sahaja. Kalau follow ramai sangat akaun korang akan diblock. Begitu juga kalau korang buat step yang diajar kurang dari 1 jam, kemungkinan korang diblock adalah sangat besar. Jadi bagi korang yang nak dapatkan follower tu kena la bersabar dan ikut step diberikan supaya tak kena block. Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut boleh tengok di IG @kingkayangan yer. Step 1 korang boleh abaikan tapi yang lain kena patuh yer.


Gambar di atas merupakan contoh insight akaun IG @duniazumal. Sebelum ni post insight tu sekadar dibawah 300 view sahaja dan bila ikut trick yang diajar ianya dah cecah lebih 700 view. Hmmm terpulang kepada korang nak percaya atau tak. Selamat mencuba.

Comments

  1. ooo ada cr lain igt kn cuma bli followers je... tp sy tau yg beli followers tu byk acc x aktif n fake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies, kalau beli dapat fake akaun je. Cara ni free je tapi mencabar juga la.

      Delete
    2. dan kena sabar jg hehehehe. tp sy nk jd artis laa xyah beli acc org trs folo hahaha

      Delete
  2. dulu guna cara ni jugak untuk naikkan followers untuk kasi lepas 2k..saja nak rasa gembira...hahahha...lepas tu da tak buat da...biorkan aje dia naik turun naik turun...hahahah

    ReplyDelete
  3. bertahun gak nak kumpul follower ni Zumal kejap naik kejap turun last2 kak ana biaq pi ja dia naik turun sendiri hehe :)

    ReplyDelete
  4. memang guna trick follow & unfollow jugak. tp kena sabor lebih la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sangat memerlukan kesabaran yang luar biasa

      Delete
  5. Maknanya kita kena kerap follow artis la setiap jam.. So nama kita naik kat suggested to follow.. gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Dalam senarai following tu ada 36 nama jer, follow dan unfollow tu je setiap jam

      Delete
  6. Wah nice tricks ni, kena try juga ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ikut step by step yer. Zumal dah kena block sebab terbuat tak cukup time. Hehe

      Delete
  7. haha i try juga tapi i download the app that help to track my unfollowers
    so i wanna unfollow those unfollowers dari account saya
    tapi sekarang dah kena block by ig kali kedua ==
    first time terus tak boleh log in and need change password
    second time i buat sikit-sikit unfollow 50 orang sehari tapi diaorang detect juga
    so this time dia "penjarakan" saya untuk 2 hari kut
    i memang tak tau bila dia start block saya
    i cant comment on my friend's post for this moment

    ReplyDelete
    Replies
    1. U advance lagi rupanya. Tapi I kena block seminggu tau. Rasa betul2 terpenjara. Kena hati-hati juga buat kerja ni 😁😂

      Delete

Post a Comment

Popular Posts