GUNTING RAMBUT DI KHALIFAH BARBER SHOP

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak akhir-akhir ni perkembangan bulu-bulu dekat muka sangat pesat dan subur. Zumal rasa rimas bila tumbuh tebal sangat macam hutan sekunder jer. Jadi Zumal ambil keputusan untuk melenyapkan hutan belantara tu dari muka bumi, eh muka Zumal laa.

Selepas beli stok megi yang dah habis, terpandang satu Barber shop dekat dengan Zumal parking kereta. Masa tu pukul 2.40 petang tapi kat pintu tulis buka pukul 3 petang. Zumal ambil keputusan untuk tunggu je la. Jimat minyak sikit kalau nak balik lepas tu datang pulak. 

Gambar depan kedai (curik kat FB ja)

Barber Shop yang Zumal maksudkan tu adalah Khalifah Barber Shop. Nama ownernya Encik Khizairi. Lokasi barber shop ni dalam kawasan perumahan Zumal tinggal jer. Baru dibuka katanya. Barber yang gunting rambut Zumal ni muda lagi orangnya tapi dah beristeri la. Beliau katanya asal dari Kota Tinggi.


Rambut baru
Zumal jadi customer pertama pergi gunting rambut tadi. Barber ni peramah juga. Tak la Zumal rasa boring masa gunting rambut tadi. Zumal memang recommended kedai ni la untuk korang yang nak gunting rambut di Kangar.

Khalifah Barber Shop
Bawah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kangar
Taman Sena Indah
01000 Kangar
Tel: 01137492044
Masa operasi: 3.00 pm - 11.00 pm


Comments

  1. Asalam ..smart dah rambut kan Zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah cikgu. Tapi sebenarnya rambut tu elok kalau orang buatkan je, balik sikat tak tadi macam tu dah 🤭

      Delete
  2. muda-muda sudah ada kedai sendiri. alhamdulillah semoga tuan kedai dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kita perlu sokong bisnes macam ni

      Delete
  3. jauhnya orang Kota Tinggi bukak kedai kat Kangar

    ReplyDelete
  4. perhhh rambut baru ha hehehe

    ReplyDelete
  5. Sekali dah gunting nampak lawah...

    ReplyDelete
  6. bulu2 dekat muka??? Zumal mana de misai hihih..ehhh ke ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebab dari bulan Ogos tak gunting, siap berjambang tau

      Delete
  7. Beli stok megi? jgn mkn mkn byk sgt megi tu..x elok utk kesihatan..beli beras mkn dgn telur masak kicap pun sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nasi ada juga Zumal masak

      Delete
    2. betul-betul sokong...tapi maggi tetap sedap hehe

      Delete
  8. berapa RM gunting rambunt kat sana...kat sini RM35 tau untuk female la

    ReplyDelete
  9. Salam, pertama sekali terima kasih kepada Encik Zumal kerana mengeluarkan artikel berkenaan Khalifah Barbershop. Cuma ada sedikit pembetulan, owner atau pemilik Khalifah Barbershop bukan berasal dari Kota Tinggi. Saya adalah owner Khalifah Barbershop. Individu yang berasal dari Kota Tinggi itu adalah pekerja saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama saya Khizairi manakala Khalifah Babershop adalah sempena nama anak saya.

      Delete
    2. Terima kasih Encik Khizairi sudi baca. Nanti saya buat pembetulan

      Delete
    3. Sama-sama..harap Encik Zumal sudi datanng lagi ke Khalifah Barbeshop..hehehe..saya org Kangar saja..

      #supportbisnesanakperlih

      Delete
    4. InsyaAllah nanti perlukan khidmat saya singgah lagi. Rumah saya dalam perumahan tu je

      Delete
  10. segak die dh gunting rambut tu..tkde la rimas dh kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sebelum ni rasa rimas, rambut dah panjang 2 bulan tak gunting

      Delete
  11. untunglah jadi customer pertama. menarik decoration barbershop ni..jauh betul owner dari kota tinggi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la. Sebenarnya owner tu orang Perlis je cuma tukang gunting dari Kota Tinggi

      Delete
  12. wah teruskan menyokong orang muda =)

    ReplyDelete
  13. kacak lepas ke barber ni...jauh zumal nak pi sana hehe

    ReplyDelete
  14. Bisness anak Melayu. Ingatkan own by kumpulan khalifah. Hehehe!

    ReplyDelete
  15. Wahh.. mmg cantik rambut.. makin ensem abam Zumal :)

    ReplyDelete
  16. 10 tahun muda dah nampaknya. Pasni, mesti ramai Client nampak zumal memancor. Btw, suka gak kalo gi mana-mana servis perkhidmatan yg mesra mcm kedai barber ni. Kita tak rasa sunyi.. seronok la sembang

    ReplyDelete
  17. Wah! new hair do nampak kemas dan sesuai dengan Zumal.
    Sukalah dengan deco Khalifah Barbershop tikar getah kotak-kotak black & white hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Mrs. A, Zumal pun suka deko kedai tu

      Delete
  18. di bandar kecik kota saya barber juga banyak bahkan ada yang lengkap dengan cafe fan free wi fi hanya sekitar 10 RM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebatnya. Ni kota saya ramai dari Indonesia open barbershop

      Delete
  19. wah
    penampilan baru nih zumal
    heheh

    ReplyDelete
  20. #BMF
    Business gunting rambut paling best sekali... cost operation nya sangat minima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Arwah tokwan Zumal pun pernah buat partime buka barbershop dulu2

      Delete
  21. perniagaan yang bagus..gunting rambut

    kos pada tempat dan peralatan sahaja termasuk bil elektrik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts