PERJALANAN KINI LEBIH SELESA DENGAN ETS BUSINESS CLASS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini Zumal ada berita gembira buat penggemar perkhidmatan rel. Malaysia kita sememangnya kaya dengan pilihan perkhidmatan rel terutamanya Komuter, Monorel, Erl, dan banyak lagi la.

ETS BUSINESS CLASS


Tahukah anda bahawa perkhidmatan rel untuk perjalanan jauh iaitu ETS akan memperkenalkan perkhidmatan Business Class. Dengan pengenalan lokomotif baru ini sudah tentu akan menambah keselesaan para pengguna tren ETS.


Jadual ETS

Promosi Ets Business Class



Zumal difahamkan koc Business Class turut dilengkapi kemudahan wifi, kemudahan hiburan audio serta video, tempat pengecas telefon dan juga dihidangkan makanan oleh pelayan seperti pramugari dan pramugara dalam kapal terbang. Jadi korang yang ambil Business Class tak perlu lagi ke cafe.

Dalam setiap tren ETS, hanya sebuah koc dikhaskan untuk Business Class, jadi anda kena cepat dapatkan tiketnya sebelum putih mata. Jika anda berminat anda sudah boleh tempah perkhidmatan ini sekarang kerana untuk 11 Oktober 2019 hingga 30 November 2019 ada harga istimewa buat anda. Semoga anda selamat sampai ke destinasi impian.

Comments

  1. teringin gak nak naik ETS ni Zumal, kak ana tak pernah naik lagi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la tu kak ana boleh beli tiket dalam tempoh promosi ni

      Delete
  2. Wahh, bestnya. Teringin juga nak naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu ciktie, kalau cuti boleh jalan2, cepat pula perjalanan

      Delete
  3. Wowwww nampak selesa sangat...nanti nak gi Padang Besar naik ETS aje laaaa

    ReplyDelete
  4. mesti best nie kalau bawa partner life

    sepanjang perjalanan boleh bermadu kasih ( eh macam poligami la pulak hehehe)

    ReplyDelete
  5. nak try naik keretapi la plak. kalau coach mcm ni memang sy x kisah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni Abam Kie boleh la ronda-ronda dengan ETS

      Delete
  6. perghh mantap dah ada bussiness class dalam ets.

    ReplyDelete
  7. bestnya ETS Dah upgrade untuk keselesaan para penumpang! Tak pernah lagi naik ETS ni tapi nak try jugak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti kerana mood perjalanan ets ni lebih cepat

      Delete
  8. Tak pernah naik ETS lagi. tak tahu nak kemana naik ETS ni sebab biasa naik kereta sendiri. kena cuba lah naik sekali nak rasa pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ets ni sesuai untuk jalan jauh je. Boleh la cuba nanti

      Delete
  9. wow nampak comfort
    nanti saya cuba naik pergi tempat jauh-jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Boleh cuba dari KL ke Ipoh atau Penang atau Padang Besar

      Delete
  10. Excited bila dapat tau tentang ni. Moga ada rezeki dpt naik business class ni nanti.

    ReplyDelete
  11. Menarik ni. Teringin nak try. Kalau cuti sekolah nanti boleh bawak anak2 jalan sekali.

    ReplyDelete
  12. alaaa sy nk try tp knape x de g butterworth?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm betul juga xde Butterworth ye. Kena turun Sg Petani nanti naik komuter patah balik ke sana 😆

      Delete
  13. Best nie kalau dapat naik business class.

    ReplyDelete
  14. ahah ! Padang Besar !! buleh nak ajak kengkawan try nti nih hehe

    ReplyDelete
  15. Wahh....ruang duduk lebih selesa dari naik Air Asia la hihih

    ReplyDelete
  16. sedinya,..semua route ke UTARA jek..kalau ada ke SELATAN kan BEST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok dorang buat pergi selatan (Bandar Tasik Selatan)

      Delete
  17. Yahoo..kalau nak pergi PAdang Besar leh naik ETS dahh...boleh borong sakan hhihi

    ReplyDelete
  18. Harga tu berbaloi la dan lagi jimat compare kalau naik kereta..x jem..x perlu nak isi minyak kereta..boleh la cuba..pernah tau try beli tiket online kat KTM..aduhh..website dia..tak user friendly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh macam tu yer. Zumal pernah beli tiket bas je online

      Delete
  19. seronoknya dpt naik ets. Memang bagus ada ets ni,pendekkan masa.Tup2 dah sampai destinasi. Nak jee cuba.Tapi akan daya, anak2 jenis penakut naik ets.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts