6 Kedai Teh Susu Bubble Terbaik di Kuala Lumpur

Bubble Tea semakin hari semakin popular penangannya di Malaysia terutama untuk area sekitar Kuala Lumpur. Bubble Tea atau dalam bahasa melayunya (teh susu gelembung - macam pelik pula bunyinya) merupakan salah satu menu minumana yang agak sedap untuk di minum.


Tak pasti juga bagaimana minuman Bubble Tea ini boleh mula masuk ke Malaysia, tahu-tahu saja dah makin famous dengan golongan peminatnya yang tersendiri. Dikatakan, nama bubble tea atau teh susu gelembung ini berasal dari rupa minuman itu sendiri. Di mana ianya akan berbuih seakan gelembung apabila digoncang. 



Penambahan topping berwarna-warni dengan rupa seakan mutiara menambahkan lagi keunikan minuman ini. Sekarang ada banyak kedai menjual bubble tea di sekitar Kuala Lumpur dan antara 6 kedai yang sering menjadi perhatian orang ramai adalah seperti senarai di bawah ini. 


6 Kedai Teh Susu Bubble Terbaik di Kuala Lumpur 


1. Koi Thé (Taiwan)



Koi The’ di Malaysia, diangkat sebagai kedai bubble tea nombor satu dalam senarai. Kedai ini mendapat banyak feedback atau alasan yang baik juga! Minuman khas mereka, Golden Bubble Milk Tea adalah definisi kesempurnaan teh susu yang sebenar! Pasukan dari Koi The’ ini boleh dikatakan benar-benar serius dalam menyajikan teh susu berkrim terbaik. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan toppingnya yang sangat cantik dan sangat kenyal!


2. Tealive (Malaysia)



Tealive ataupun "ti-life" juga sering menjadi perhatian ramai peminat bubble tea di Malaysia. Mereka selalu menginovasikan minuman edisi terhad setiap bulan, dan kebanyakannya adalah inspirasi tempatan. Selain itu, mereka mempunyai Tealive +, antioksidan, dan kolagen untuk minuman yang lebih unik! Sebagai permulaan, anda boleh mencuba Teh Susu Mutiara yang pelbagai di dalam menu utama mereka! Ia mempunyai rasa teh yang kuat dengan sedikit rasa manis dan topping mutiara yang best.


3. The Alley (Taiwan)



Alley adalah salah satu kedai teh susu buih terbaru di Malaysia! The Alley ini membuat sirap tebu mereka sendiri untuk memastikan minuman mereka mempunyai rasa manis yang tepat. Oh, mereka juga membuat mutiara ubi kayu sendiri! Minuman terbaik untuk dipesan adalah Brown Sugar Deerioca Fresh Milk. Anda akan dapat merasakan kombinasi sempurna susu segar, sirap tebu, dan mutiara ubi kayu!


4. Leaf & Bean (Malaysia)



Tidak seperti yang lain dalam senarai ini, Leaf & Bean bukan kedai teh susu semata-mata sebaliknya ia adalah kafe yang menyajikan makanan gabungan dalam bentuk kek, dan minuman! Mereka mempunyai siri makanan dan minuman yang tersendiri juga. Kiranya Leaf & Bean mempunyai daya tarikan yang tersendiri berbeza dengan kedai Bubble Tea yang lain.


5. Chatime (Taiwan)



Di Chatime, para peminatnya boleh memilih untuk teh, kopi atau koko. Anda akan menyukai Chatime kerana mereka mempunyai banyak siri minuman yang sangat eksklusif dan menarik. Walaupun, tidak ada mutiara di dalamnya tetapi anda sentiasa boleh menambah topping lain yang juga tidak kurang hebatnya. 


6. Hail’s Dessert & Soft Serve Cafe (Malaysia)



Hail's Dessert & Soft Serve sangat terkenal dengan pencuci mulut mereka yang sangat lembut dan sedap. Tetapi, tahukah anda bahawa mereka juga turut mempunyai minuman bubble tea mereka sendiri. Tak hanya itu mereka juga menghidangkan aiskrim yang sangat enak untuk di cuba. 


Itulah dia senarai enam kedai menjual minuman bubble tea yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Bahkan kedai-kedai ini ada di antaranya yang turut mempunyai banyak cawangan sehingga ke negeri yang lain di dalam negara Malaysia ini.


Dalam banyak-banyak kedai yang menjual minuman bubble tea, rasanya hati lebih tertarik pada Koi The’. Mungkin kerana menu minumannya yang sangat banyak dan pelbagai. Tak hanya itu, minuman koi ini sangat mudah untuk di beli walaupun tanpa keluar dari rumah. 



Tak perlu buang masa dan tak payah susah payah drive ke kedai bubble tea ni pun tak apa. Boleh je order minuman koi ni melalui aplikasi Foodpanda


Dengan Foodpanda, untuk lokasi dalam area Kuala Lumpur ni memang sangat-sangat beruntung. Hanya dengan menggunakan hujung jari boleh terus buat pesanan dan tunggu saja minuman kegemaran tiba dengan sendirinya di depan pintu rumah masing-masing. Sangat senang dan sangat best! 


Terbaik Foodpanda!

Comments

  1. Sedap bubble tea ni, tapi umur dah meningkat ni, seram nak minum selalu hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu makin lama,makin banyak bubble tea..tapi AD suka coolblog lagi sbb ice blended kan hehe

    ReplyDelete
  3. tengah diet nih.. Tak berani lagi nak minum.. tunggu la berat dah jadi 40 kg nantti boleh la beli.hahah

    ReplyDelete
  4. Banyak rupanya brand bubble tea ini. Kenal Tealive je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sampai tak tahu nak beli yang mana ye

      Delete
  5. Setakat ni pernah rasa tealive ja..yg lain belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  6. pilihan sy cuma tealive ngan Familymart je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak rasa Family Mart tu. Bila la nak sampai Perlis ni

      Delete
    2. ooo family mart belum ada lg ek di perlis? ni yg rs nk buka sebuah ni ehhh tiberrr

      Delete
  7. Menarik.. yg Tealive tu mmg selalu juga minum sbb ada kat stesyen minyak berhampiran rumah. Slalu juga dpt tebus voucher beli harga murah hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat. Tu yang best bila dorang buat point dan voucher ni, dapat diskaun sikit

      Delete
  8. wow minuman yang manis-manis semuanya ini

    ReplyDelete
  9. sedap teh ni,
    sekali sekala ok lagi
    kena berhati-hati
    gula tinggi,hihihi

    ReplyDelete
  10. tealive dgn chatime aje mama pernah beli dari list tu

    ReplyDelete
  11. GV pernah cuba dua jenama je - tea time dan chatime. Jenama koi mmg famous. tapi bila bila boleh try beli nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun macam tu juga. Harap Koi buka di Perlis

      Delete
  12. tak boleh minum selalu ni.. Cik TK layan sebulan sekali dua je.. itupun pernah rasa tealive dan chatime saja. nanti ada kesempatan boleh la cuba yang lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts