JEMPUT FOLLOW DUNIAZUMAL GAMING



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak hujung tahun lalu zumal mula terjebak mengikuti beberapa streamer game di Malaysia dan memulakan hobi baru bermain game di dalam fon.

Setelah itu zumal meneliti bahawa jadi streamer game ni pun adalah salah satu kerjaya yang menjana pendapatan secara online. Dari situ zumal cuba membina page baru untuk stream game di Facebook.

Alhamdulillah dalam awal PKP yang lalu page zumal telah pun mendapat status Level Up dari Facebook. Teruja rasanya. Ye la masa awal PKP zumal dengan kaki bengkak pastu kena buasir lagi memang terduduk la tak dapat buat apa. Masa tu di kampung pula. Kat sana tak ada apa zumal boleh buat selain buat dropship ja pastu main game.

Tapi rupanya tak semudah otai-otai streamer duk dapat income sebab zumal sendiri mampu main game yang level budak-budak ja lagi pun banyak yang fon zumal tak support tapi boleh la dari tak ada langsung.

Kini zumal kena fokus untuk membina page untuk dapat lebih ramai followers dan viewers untuk live stream zumal. Zumal harap anda yang membaca ni dapat bantu Zumal naikkan follower page DUNIA ZUMAL GAMING. 

Dengan bantuan anda zumal harap dapat withdraw 10000 🌟 pertama Zumal. Kini zumal hanya ada kira-kira 1000 🌟 sahaja. Semoga yang membantu ini dimurahkan rezeki selalu. Aamiin. 

Jom follow DUNIA ZUMAL GAMING yer

Comments

  1. x minat main on9 game tp tetap sokong kwn2 yg menjana pendapatan dgn cara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya zumal pun x minat tapi paksa untuk minat 🤭

      Delete
  2. Saya main the sims je hehe
    good luck blog!

    ReplyDelete
  3. Memang skrg main game boleh buat duit juga ya..ada yg dpt lebih dri duit gaji..mantap

    ReplyDelete
  4. sy tak ada FB. btw sy ucapkan selamat maju jaya utk zumal!

    ReplyDelete
  5. wow mcm2 cara ada utk menjana pendapatan. bagus zumal semoga meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal sekadar mencuba tapi belum jumpa rentaknya

      Delete

Post a Comment

Popular Posts