BERMULANYA DI SINI

 


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Seperti yang korang tahu zumal berhijrah sekali lagi pada 31 Ogos 2020 yang lalu. 

Tepat jam 8 malam 31 Ogos 2020 zumal bersama rakan zumal Haji Faizal telah memulakan perjalanan. Perjalanan malam itu sangat mencabar kerana hujan tersangat lebat. Kenapa bergerak malam? Sebabnya kami menyiapkan barang-barang untuk berpindah pada siang hari. Sebenarnya 3 hari juga mengemas dan menyusun dan petang 31 Ogos semuanya selesai. Kami berdua ambil masa untuk berehat sebelum memulakan perjalanan tu. Sarat dua buah kereta dengan barang tanpa boleh memuatkan penumpang... Barang kawan zumal jer. Dia berpindah ke Putrajaya. Kami sampai di basement ofis dia tepat jam 5 pagi. Sampai je kami terus keluarkan barang ke ofis. Sampai jam 6 lebih belum juga settle tapi kami dah letih. 

Disebabkan terlalu letih kami balik ke rumah Haji Faizal. Mandi solat dan tidur. Tapi pukul 9 pagi ada kursus. Kawan zumal jer kursus tu. Bayangkan macam mana nak menghadapi kursus dengan letih dan mengantuk tu? Tapi kawan zumal gigih orangnya dia tetap masuk kursus. Tengah hari tu kami sambung punggah barang ke ofis. Dari tengah hari sampai jam 8 malam baru selesai semuanya.

Lepas selesai kami pulang ke Desa Mekar. Mandi, makan dan borak-borak sampai jam 12 malam lepas tu semua hanyut dibuai mimpi. 

Tapi...
Perjalanan zumal bukan terhenti di situ. Esoknya zumal bergerak ke Setia Alam. Ya! Zumal bakal bermastautin di Pangsapuri Seroja Setia Alam. Doakan segala urusan zumal dipermudahkan di sini ya... Jangan lupa baca https://kisahlarahatiini.blogspot.com/ 
Zumal bakal share make over bilik zumal kat rumah baru zumal. Zumal kini jadi housemate bro Faizul tau. Salah seorang rakan seuniversiti dan rakan sekepala, rakan blogger jugak...



Comments

  1. semoga Allah permudah semua urusan zumaldi tempat baru

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah. Semoga diluaskan rezeki zumal Di mana jua berada.

    ReplyDelete
  3. walawei! zumal jom lepak! seroja dekat je ngan nad..nad stay sentosa!gila gempak..jom!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam berjiran juga la yer. Ok nanti kita pi lepak tau

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan semua urusan zumal ya

    ReplyDelete
  5. Dah berubah angin ye Zumal. Semoga murah rezeki zumal lepas ni di tempat baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala nak menenangkan jiwa yang lara ni 😂 terima kasih Diana, Aamiin...

      Delete
  6. Ikut mendoakan agar segala sesuatu kepentingan Zumal akan selesai dengan baik.

    Keep spirit 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin

      Delete
  7. wahhhh dah pindah ke sini ya... semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Aamiin. Kadang2 terfikir betul ke keputusan ni 😂

      Delete
    2. Rabbana atina min ladunka rahmatan wahayyi lana min amrinarashada


      boleh baca doa ni setiap kali nak buat apa2 keputusan. insya allah, urusan kita akan lbh dipermudahkan..

      Delete
  8. Wahhh apa apa pun semoga semuanya dipermudahkan ✨

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan di tempat baru

    ReplyDelete
  10. Semoga dpt menyesuaikan diri di tempat baharu.

    ReplyDelete
  11. dah edkat dgn mama dah.. semoga dipermudahkan semua urusan ye zumal

    ReplyDelete
  12. bestnyaa nk make over bili..nnt share..shida suka juga tgk2 org make over bilik ke rumah ke deco2 ke..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, hajat tu belum sampai lagi. Masih mengumpul sikit-sikit

      Delete
  13. GV doakan semoga dipermudahkan semua urusan Mr Zumal ya. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat enjoy ditempat baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts