RANCANG KEWANGAN DENGAN BIJAK BERSAMA OCBC

RANCANG KEWANGAN DENGAN BIJAK BERSAMA OCBC


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Apa khabar anda semua? Zumal harapkan anda semua sihat walafiat sentiasa. Selalu Zumal hanya bercerita tentang makan, drama, deko, travel dan kisah peribadi. Tapi hari ini Zumal ingin berkongsi dengan anda tentang kewangan. Kita tengok sekarang kesan dari pandemic covid-19 ramai yang tersungkur kerana pelbagai masalah kewangan. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan ada juga dicutikan tanpa gaji. Oleh itu kita perlu rancang kewangan dengan bijak sejak dari mula kita bekerja lagi demi masa depan yang lebih sempurna. Kita tidak pasti masa depan kita bagaimana, masih sihat atau tidak? Masih dapat bekerja atau tidak? 


Asingkan pendapatan 10-15% untuk disimpan



JIMAT BERBELANJA


Paling penting apabila sebut tentang kewangan sudah pasti kita wajib berjimat. Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Jangan berbelanja terlalu mengikut nafsu, ikut trend, ikut kawan ataupun nak berlawan dengan orang lain. Selain itu kita juga perlu elak makan di luar, makan di restoran mewah, makan di restoran makanan segera. Bila kita makan di rumah dan berjimat dalam membeli-belah sudah tentu kita akan ada lebih kewangan. Begitu juga untuk memilih tempat tinggal, pilihlah yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Jika masih bujang, mungkin anda tak perlu rumah sewa besar, mungkin sewa bilik sudah mencukupi buat anda. Pilih juga tempat yang ada akses pengangkutan awam juga dekat dengan tempat kerja. Di situ anda pasti dah banyak berjimat.


UTAMAKAN KEPERLUAN


Dengan tidak kita sedari kita berbelanja bukan untuk keperluan tapi semata-mata adalah kehendak. Kita perlu renungkan kembali apa sebenarnya keperluan kita. Misalnya untuk bergerak ke satu tempat atau ke mana saja kenderaan apa yang sesuai perlu kita miliki, kereta atau motorsikal? Jika kewangan anda hanya mampu menampung pembelian motor, beli sahaja motor. Elakkan demand jenis motorsikal itu ini. Jika motor 100cc mampu membawa anda ke tempat kerja atau sebagai kenderaan utama pilih sahaja motor 100cc itu bukannya memilih apa yang popular, jenama terkenal dan sebagainya. Itulah utamakan keperluan. 

Gunakan pengangkutan awam lebih menjimatkan


ELAK BERHUTANG


Dalam perancangan kewangan, kita juga perlu elak berhutang. Hutang adalah satu beban. Pernah tak anda kira harga barang yang anda hendak beli itu antara belian tunai atau hutang? Bukankah ianya sangat berbeza? Anda akan merugikan duit anda di situ. Untuk milikinya, cubalah untuk kumpul dan beli tunai. Itu lebih jimat. Anda perlu ingat, jika anda gagal bayar hutang anda akan kehilangan barang tersebut dan juga rekod anda disenarai hitam itu membuatkan anda lebih sukar pada masa hadapan. Utamakan hutang untuk pembelian aset yang berguna di masa hadapan seperti kediaman atau hartanah.


MULAKAN SIMPANAN


Sesuatu yang sangat penting dalam merancang kewangan ialah dengan melakukan simpanan. Anda perlu wajibkan diri anda untuk simpan 10 ke 15% dari jumlah pendapatan anda. Asingkan jumlah untuk simpanan setelah anda menerima pendapatan setiap bulan. Ini sangat membantu anda jika berlaku sesuatu pada masa hadapan kelak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 


Buka Akaun Simpanan Fleksibel frankbyocbc


Zumal faham jika anda simpan dalam tabung di rumah kemungkinan simpanan itu tidak bertahan lama. Begitu juga jika anda simpan di bank tapi anda ada akses perbankan internet atau pun anda ada kad my debit untuk berlaku curang. Zumal sarankan anda membuka akaun simpanan tetap di bank. Mesti anda merasakan sukar untuk berfikir demikian. Zumal ada berita baik buat anda, anda boleh nikmati kadar faedah setinggi kadar deposit tetap, 1.80% p.a dengan akaun simpanan fleksibel frankbyocbc. Dengan akaun simpanan fleksibel frankbyocbc membolehkan anda nikmati kadar faedah yang tinggi tanpa sebarang ikatan. Simpan sebarang jumlah di Save Pot dan nikmati pulangan yang tinggi. Anda juga boleh pindahkan sebarang jumlah pada bila-bila masa ke Spend Pot tanpa sebarang tempoh lock-in dan tiada penalti. Jom mulakan simpanan anda hari ini dengan akaun simpanan fleksibel frankbyocbc dari OCBC.


Rancanglah kewangan dengan bijak untuk masa depan anda dan keluarga anda. Ini kerana kita tidak dapat meramal apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Oleh yang demikian, hari ini kita perlu bersedia apa sahaja untuk menuju ke masa hadapan agar pada masa itu kita tidak jatuh tersungkur. 

Comments

  1. mmg kena ada simpanan walaupun skit tp mmg seeloknya 10% dr gaji kita simpan..kalo ada apa2 emergency bole guna nanti

    ReplyDelete
  2. Rasa risau juga bila memikirkan kemungkinan yg tak diduga akan berlaku ketika seluruh dunia sedang berperang dgn covid-19. Kasihan kepada yang tiada simpanan. Itulah gunanya menabung biar sedikit, lama2 jadi bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Zumal la, tak ada kerja memang tak menyimpan la 🤭

      Delete
  3. rancang kewangan dengan baik demi masa depan

    ReplyDelete
  4. Semoga diperluaskan lagi rezeki. Rancang kewangan dengan sebaik-baiknya utk kegunaan masa depan. In shaa Allah. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. wah..baru tahu pasal ocbc ni..nice info!

    ReplyDelete
  6. Sangat tepat apa yang ditulis Zumal tu. Apa apa pun biar susah sikit dahulu. Kesenangan akan pasti datang kemudian.

    ReplyDelete
  7. Plan terbaru OCBC ni ye. Bunyi macam menarik dapat pulangan tinggi.

    ReplyDelete
  8. berkepuk duit oo.. tapi betul kena pandai rancang kalau tak habis gitu aje

    ReplyDelete
  9. orang yang bijak mengurus wang akan lebih tenang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts