REVIEW SET TEA TREE OIL COSMODERM


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada 10.10 hari tu siapa yang sempat kaut produk Cosmoderm? Rugi la tak kaut sebab time harga murah gila. Banyak diskaun tau! Beberapa hari lepas zumal dah terima produk dari Cosmoderm. I love my skin sebab tu I pilih Cosmoderm tau. Hari ni zumal akan review produk Cosmoderm satu per satu yer. Serba sedikit tentang Cosmoderm, ianya berada dalam pasaran produk penjagaan diri sejak tahun 2001. Produk Cosmoderm adalah 100% buatan Malaysia.

Tea Tree Oil Shower Gel

Produk pertama zumal nak review adalah Tea Tree Oil Shower Gel. Ianya didatangkan dalam 2 saiz iaitu 80ml dan 500ml. Shower Gel ini mampu menyegarkan badan ketika mandi dan ianya berupaya menghilangkan bau badan dan menyahkan jerawat di badan kita. Bagi zumal aroma dia memang best. Ianya sesuai untuk remaja dan dewasa.


Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion

Produk kedua zumal nak review adalah Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion. Ianya didatangkan dalam botol 100ml. Ianya adalah penyegar kulit wajah tanpa berminyak. Fungsinya selain memberi kesegaran wajah, ianya boleh merawat wajah, menghilangkan jerawat serta memudarkan kesan parut jerawat. Ianya dapat membersihkan wajah dari bakteria dan lebihan minyak pada kulit. Zumal yang banyak jerawat dan muka berminyak ni memang dah jatuh cinta dengan produk ni tau.

Tea Tree Oil Facial Cleanser

Produk ketiga zumal nak review hari ni adalah Tea Tree Oil Facial Cleanser. Pembersih muka bervitamin E ini khas untuk mereka yang kulit bermasalah dan berminyak. Masalah apa? Misalnya yang ada jerawat dan jeragat, kulit muka tak sekata tu la. Ianya memang sangat berguna. Jika korang pakai ikut step yang betul dan tak skip penggunaannya, dalam 3 hari jerawat pun lesap tau. Lepas tu kita pasti lebih yakin nak jumpa orang.

Tea Tree Oil Anti Blemish

Kita masuk pula ke produk keempat iaitu Tea Tree Oil Anti Blemish. Produk ini sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat. Ianya dikatakan pantas membuang cela, bintik putih dan hitam pada kulit berminyak. Sepantas mana? Dalam 4 ke 5 hari korang akan dapat rasai perubahannya. Ianya juga sebagai anti septik, anti bakteria, anti kulat dan anti ransangan. Ia juga mampu membuka liang pori tersumbat, mengawal minyak dan menghentikan pertumbuhan jerawat secara lembut. Ohsem kan. 

Tea Tree Oil Anti Blemish X-press

Produk kelima ini ialah Tea Tree Oil Anti Blemish X-press. Ianya sama macam produk keempat tadi cuma ia tak sesuai untuk kulit sensitif. Ianya mampu menghilangkan jerawat, bintik putih dan hitam. Dengan nama X-press tu ianya mampu mengecutkan jerawat semalaman sahaja dan menghilangkan terus bekas jerawat tu dalam tiga ke empat hari. Penggunaannya untuk melonggarkan bintik putih dan hitam agar mudah dibersihkan tanpa meninggalkan parut.

Tea Tree Oil-Control Serum

Produk keenam pula ialah Tea Tree Oil-Control Serum. Produk ini khas untuk mereka yang kulit berminyak.  Ianya adalah gel serum berasaskan air mengandungi ekstrak buah, lemon, lidah buaya dan minyak tea tree. Ia mampu mengawal minyak berlebihan terutama pada T Zone. Ia dapat mengurangkan jerawat, bintik putih dan hitam, membersihkan liang pori tersumbat dan akan mengembalikan kelembapan semulajadi wajah.

Tea Tree Oil Purifying Mask

Sekarang zumal nak review produk ketujuh iaitu Tea Tree Oil Purifying Mask. Produk ini adalah untuk mereka yang kulit berminyak dan bermasalah ianya diperkaya dengan kaolin dan daun pudina selain bahan asas minyak tea tree. Ianya menyejukkan untuk membersih kulit secara mendalam dengan meresap minyak dan kotoran yang berlebihan pada wajah. Ia dapat membantu mengelakkan pembetukan jerawat, bintik hitam dan minyak yang berlebihan. Selepas penggunaannya kulit kita bertambah bersih dan berasa segar.

Tea Tree Oil Pelembap Bebas Minyak

Produk kelapan dan terakhir zumal nak review hari ni adalah Tea Tree Oil Pelembap Bebas Minyak. Produk ini adalah untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan bermasalah. Produk ini diperkaya dengan ekstrak timun dan akar manis. Pengeluaran minyak berlebihan akan diselaraskan untuk memperbaiki tona warna dan struktur kulit. Ia dapat membantu kadar pembaharuan sel-sel kulit dan membekalkan kelembapan untuk melembut dan melicinkan kulit. Ia juga mengandungi SPF 15 PA++ untuk perlindungi daripada pancaran UVA dan UVB.

Sekian sahaja review zumal untuk produk Cosmoderm dalam siri Tea Tree Oil. Produk Cosmoderm adalah halal disahkan oleh Jakim. Ianya tidak mengandungi parabens, SLS dan SLES. Ianya dikilangkan oleh kilang berstatus GMP. Produk ini adalah 100% buatan Malaysia. Korang boleh dapatkan produk Cosmoderm bermula dari harga RM13.90 di Watson, Guardian, Aeon  Wellness dan farmasi berhampiran korang. Korang juga boleh membeli produk Cosmoderm di laman web www.cosmoderm.com.my dan di Cosmoderm Shopee Official Store di https://shopee.com.my/cosmoderm 

#Cosmoderm #HealthySkinBeautySkin #Skincare #TeaTreeOil

Comments

  1. Belum pernah cuba set Cosmoderm, tapi pernah dengar produk ni bagus.

    ReplyDelete
  2. Owh! Baru tau Cosmoderm buatan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. tak pernah dgr about product ni, tapi byk khasiat... mesti wangi kan sbb bau tea :)

    ReplyDelete
  4. produk penjagaan kulit terbaik ini

    ReplyDelete
  5. Pakai one set better kan. Kalau serasi dengan kulit okaylah boleh terus pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, bila kita pakai one set baru kita nampak perubahannya lebih ketara

      Delete
    2. Dan kena konsistent pakai juga baru nampak kesan.

      Delete
  6. Coba ya aku briwsing searching set cosmoderm ini tersedia di negara saya tidaknya.
    Kalau tersedia, aku akan coba menggunakannya.

    ReplyDelete
  7. Kunjungan perdana ke blog ini. Blognya banyak juga dan eksis. Btw, pria pun harus memperhatikan perawatan wajah dengan produk yang tepat

    ReplyDelete
  8. saya pun guna produk cosmoderm ni zumal..dah 5 tahun :)

    produk cosmoderm ni bagus sbb dia merawat dan memulihkan kulit kita :)

    ReplyDelete
  9. wow.. dari dulu mama mmg suka cosmoderm ni. lagi pula ada tea tree oil mmg terbaik

    ReplyDelete
  10. haaa ambikkk 1 set terus!!👍👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 set ni baru boleh rasakan perubahannya. Zumal ada jerawat degil kat hidung ni. Susah gila nak hilang. Berkat kesabaran seminggu pakai akhirnya dah surut 😂🤭

      Delete

Post a Comment

Popular Posts