JOM KITA TRAVEL


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Jumpa lagi kita dalam coretan kisah suka duka kat blog Zumal ni. Apa khabar buat anda semua? Zumal harapkan anda semua sihat walafiat macam Zumal ni. Zumal sihat sangat rasanya kalau timbang pun confirm pecah penimbang tu kan. Maklum la dari bulan Mac kita asyik kena kurung ja. Dalam situasi terkurung ini benda paling best adalah makan. Makan dan makan, makan lagi. Zumal hanya ada aktiviti makan dan tidur sahaja setiap hari. Kawan kita tu setahun 30 hari je kena kurung, kita pula kena kurung lama dari dia. Fuh, mesti anda rasa stress tahap gaban kan!!! Kalau nak release stress jom la travel. Alhamdulillah setelah beberapa hari dikejutkan dengan kes sehingga 4 angka, sekarang kes kembali turun dan ada negeri-negeri kembali hijau kan, anda semua boleh la buat domestic travel. 


Dah lama terkurung ni kita perlu dapatkan ketenangan dan rehatkan minda buat seketika. Zumal pun rasa kena tengok kehijauan pokok-pokok, keindahan gunung-ganang dan awek-awek cantik. Eh! Zumal gurau-gurau je. Tapi awek Malaysia memang cun la dari orang Korea, Turki or mana-mana je la. Malaysia kita cukup kaya dengan keindahan alam sekitar dan tempat-tempat percutian yang menarik dan mengagumkan. Rasanya anda pilih je bercuti dalam negara. Nak keluar negara tu tak boleh lagi, lagi pun bahaya buat kita dan keluarga kita. Lagi pun sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bantu sektor pelancongan dan ekonomi negara. Macam Zumal sebutkan tadi Malaysia banyak tempat best yang tak kurang hebatnya. Orang luar pun tak sabar-sabar nak datang negara kita ni. Antara destinasi dah Green Zone macam Langkawi, Tioman, Pangkor, Cameron Highland, Genting Highland, Frazer Hill, Melaka dan nanti habis PKPB lagi banyak destinasi pilihan boleh kita lawati. 


Dah tak lama negeri-negeri yang kena PKPB akan tamat. Bila dah tamat dah tentu ramai akan ambil peluang travel atau balik kampung. Sekaranglah masanya kita perlu survey hotel untuk penginapan masa travel nanti. Zumal dengar banyak tawaran penginapan sangat menarik dan menjimatkan. Kalau balik kampung pun sure tak muat rumah kat kampung sebab ramai bakal pulang nanti. Kena cari hotel tau. Jangan dah balik kampung baru nak walk-in cari hotel. Tak pasal-pasal anda perlu tidur dalam kereta jer. Paling mudah dan berbaloi gunakan Traveloka untuk hotel booking yang memang pasti menjimatkan dan tiada caj-caj tersembunyi lepas tu di Traveloka selalu ada promosi yang hebat. Zumal nak ingatkan yer, ramai yang tengah terkurung sekarang ni, kalau lambat booking confirm nanti meloponglah anda. Buat keputusan yang cepat. Kepada yang belum ada aplikasi Traveloka di dalam telefon tu bolehlah install cepat-cepat yer dan terus buat hotel booking


Habis PKPB nanti Zumal pun rasa nak balik kampung di Muar, dah lama tak jumpa family dekat kampung. Ayah dan mama asyik call jer, mesti dah rindu tu. Nak tidur di kampung bilik confirm tak cukup. Maklumlah rumah ada 3 bilik jer. Adik-adik Zumal pun nak balik kampung juga. Jadi memang perlu cari hotel. Zumal tengok list hotel dekat Muar di Traveloka ni sangat banyak lepas tu ada diskaun gila-gila pula. Bila lagi nak grabkan. Kalau Zumal tak booking sekarang mesti akan penuh tak lama lagi.



Zumal dah selesai booking hotel di Traveloka. Rasa lega sangat-sangat tau. Dapat pula bilik yang view ke arah Sungai Muar tu. Di Traveloka ini kita bayar betul-betul macam yang kita booking je. Kita tak akan dikejutkan dengan caj-caj tersembunyi yang tak tertulis semasa kita booking sebelum ini. Zumal dah biasa dengan Traveloka. Sudah bertahun-tahun Zumal setia. Traveloka la aplikasi yang paling senang digunakan dan banyak pilihan hotel dan penerbangan merangkumi destinasi hampir seluruh dunia tau. 


Okaylah, sampai sini sahaja perkongsian Zumal. Zumal nak survey dekat mana yang best nak jalan-jalan di Muar tu. Tak sabarnya nak travel lagi. Ingat travel ingat Traveloka




Comments

  1. sejak kita dilanda pandemik ni nak bercuti pun rasa takut.. diharap cepat pulih seperti biasa... oh ya,
    jemput join segmen saya--> SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie

    ReplyDelete
  2. Haiii zumah! Alhamdulillah sihat. Harap zumal pun sihat sentiasa ya :) Amiinnnn cepat2 la tamat PKPB ni. Harap2 covid ni pun akan reda semula. Semoga kita semua dalam lindunganNya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah zumal pun sihat. Semoga kita semua dalam lindunganNya. Aamiin...

      Delete
  3. Replies
    1. Lagi best kalau tengah ada duit pastu jalan2 yer

      Delete
  4. Alhamdulillah, still sihat dan boleh bekerja lagi.. but akibat my booking since may hari tu asyik kena cancel saja.. so i rasa better takyah g mana2 till vaccine ada .. sedih ja :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Aamiin

      Delete
  5. lama betul PKP ni muak da rasa dok rumah.. mmg kena p jalan2..

    ReplyDelete
  6. awalnya book bilik tu..heheheh..nak bercuti jugaa waaa tapi tu la entah bila la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena awal Nad, nanti tak ada pula bilik kosong

      Delete
  7. huhuuu jgn la disebut perkataan muar tu zumal.. rindu mama nak balik kampung huhuuu

    ReplyDelete
  8. bla laa nak dtg berjalan ni...adoiii rs cm dah berlumut kt rumah ni hahaha

    ReplyDelete
  9. p/s nnt sy BW lg ya... nk cr mood dan rentak bla dah lama x berblog ni laa jd nya hehehe btw terima kasih sbb tggl kn sepnjg x 'menghilang' hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Anies. Semoga dipermudahkan segalanya k. Jangan hilang lame2 tau.

      Delete
  10. Nak balik kampung dulu, nak ziarah keluarga. Nanti boleh travel tempat yang dekat-dekat dulu. Masih trauma covid-19 belum lenyap dari muka bumi.

    ReplyDelete
  11. jap... zumal org muo ke? area mana? mama kat bakri.. huhu rindu muar sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah zumal dibesarkan di Felda Lenga, Pagoh. Asal tu sekampung dengan PM lagipun dorang tiga pupu. Zumal lahir kat Perlis 🤭

      Delete
  12. semoga selamat pergi dan balik^^

    ReplyDelete
  13. Biasa tumpang hotel kat Muar, boleh nikmati pemandangan cantik river view Sungai Muar.

    ReplyDelete
  14. jgn kan kata travel skrg ni. nk blk kg pun kena fikir 10x...kejap zon merah kejap zon hijau...adoii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts