SELAMATKAN ALAM SEKITAR DAN HIDUPAN MARIN


 

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Adoi lama pulak menyepi kan? Sorry sebab tak sempat balas komen dan blogwalking. Zumal busy sikit. Busy tidur jer 😂Kali ni pun entri yang zumal dah taip siap-siap untuk dipublishkan pagi ini. Sekarang maybe nak siap-siap pergi GM Klang. Nak tahu zumal buat apa kat sana? Nanti zumal share yer.

Ok zumal nak tanya korang? Apakah tindakan korang dalam menyelamatkan alam sekitar serta hidupan marin di alam kita ni? Tak buat apa-apa pun! OMGeeee!!! Jangan begitu, kita mesti melindungi alam sekitar kita demi kelangsungan hidup kita dan generasi akan datang. Salah satu caranya adalah kitar semula dan juga guna semula.

Penggunaan beg plastik dan straw plastik sebenarnya penyumbang terbesar sampah sarap kat muka bumi ni sampai la ianya termasuk ke dalam sumber air sampai ke laut yang turut menyebabkan gangguan terhadap kehidupan marin. Kau tengok la penyu pun tak dapat beza antara obor-obor dan plastik. Bila dia makan terus tercekik. Kesian tau. Macam tu la juga straw-straw yang terlepas ke saluran air pun penyumbang kepada faktor kematian hidupan marin. Jadi kita perlulah berubah dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan straw plastik tu. Bila kurang permintaan jadi kedai-kedai pun tak lagi menggunakannya.

Kalau tak guna plastik, nak guna apa? Ya, soalan yang bijak tu! Setiap kali kita pergi shopping kita bawalah beg sendiri. Dekat pasaraya tertentu pun ada jual reusable bags tu. Harganya tak begitu mahal. Lagi pun beli sekali boleh guna berkali-kali sampailah dia rosak. Tak la rumah korang serabut dengan plastik lepas tu buang sana sini.

Straw? Kalau kita pergi minum di kedai atau ikat tepi tak perlu la minta straw. Boleh guna straw guna semula tau. Straw guna semula ni pun macam-macam jenis, paling famous tu straw stainless steel, straw kaca dan straw getah.


Zumal nak kongsikan tentang straw stainless steel. Ianya didatangkan dengan warna yang menarik. Confirm boleh guna lama sebab stainless steel. Straw ini boleh dicuci semula lepas guna. Ianya bebas BPA, tiada bau, mudah dicuci dan praktikal.


Korang boleh dapatkan straw stainless steel ini dengan harga cuma RM10 setiap set. Dalam set ini akan didatangkan bersama 1 straw besar, 1 straw kecil lurus, 1 straw kecil bengkok, 1 berus dan sebuah uncang. Mudah la korang nak bawa set straw ini ke mana-mana nanti.

Set Rose Gold




Set Rainbow

Untuk korang yang berminat dengan straw ini boleh la klik link berikut untuk memesannya. Tindakan korang hari ini dapat menyelamatkan alam sekitar kita. KLIK ORDER Ada COD untuk korang kat Setia Alam yer.

Comments

  1. Susah nak ubah amalan yang dah jadi kebiasaan masyarakat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Perkara ni memang sukar nak ubah

      Delete
  2. Tahun lepas anak belikan kami set straw tu. Tapi pakai sekali dua jew sebab minum teguk begitu saja.
    Dah lama kempen amalan kitar semula, tapi belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Memang sedih sangatlah sebab belum timbul kesedaran dalam masyarakat untuk amalkannya. Segelintir kecil sahaja yang praktikkan. Kasihan sungguh. Yang buang sampah merata manusia, yang terima akibatnya haiwan yang tak berdosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kesedaran dalam masyarakat sangat sedikit.

      Delete
  3. mmg xbrp best guna straw yg jenis kertas..dpt yg stainless steel ni mmg elok...murah tu..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ada straw kertas tapi yang tu tak dapat digunakan semula kan

      Delete
  4. dulu mmg tak suka pakai straw yang jenis mcm ni selain platic tapi sejak2 ni dah get used to it sbb ya la,kita nak selamatkan alam sekitar kan :) thank you sharing link ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, siapa lagi kalau bukan kita kan.

      Delete
    2. betul, igt lagi masa tempoh mco.. semua pantai jadi cantik and bersih.. ikan pun hidup aman kan

      Delete
    3. Itulah kan, pencemaran ni berpunca dari manusia, bila manusia terkurung alam pun selamat ja

      Delete
  5. nak pi mana2 simpan ja dlm beg n straw gini boleh gunakannya kala perlu

    ReplyDelete
  6. buang sampah dalam tong sampah dan kurangkan penggunaan plastik adalah tabiat yang sangat bagus

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni pergi mana-mana memang wajib bawa shopping beg sendiri. Lepas ni bolehlah bawa straw stainless steel tu sekali

    ReplyDelete
  8. Kesian penyu tu kan... Tapi la kan, kat Malaysia nie kalau ko tengok, semua longkang akan di alirkan masuk ke sungai... atee.... ini lah yang menyumbangkan lagi pencemaran sungai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena buat gitu sebab nanti banjir kilat. Cuma tabiat buang sampah tu la penyumbang pencemaran

      Delete
  9. Mrs. A kalau takde straw minum teguk ajelah kalau jenis kertas ni tak suka macam pelik-pelik je rasa.
    Wah! straw stainless steel ni siap berus dia ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs.A, straw kertas ni rasa macam tak sesuai dan tak selesa

      Delete
  10. Straw stainless steel tu memang bawa ke mana sahaja sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu Aisya. Semoga semua orang ada kesedaran macam tu

      Delete
  11. Sekecil-kecil tindakan, impaknya besar di hari ke depan. Sangat sokong pengunaan straw guna semula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua orang ada kesedaran macam ni pasti dunia kita tak tercemar. Kan...

      Delete
  12. cantik set rainbow tu. marilah sama-sama jaga alam sekitar dan hidupan yg hampir pupus. kesian diorang

    ReplyDelete
  13. mmg patut ada straw nie, boleh simpan dlm beg, senang nk bawa g mana2.. selamat alam sekitar, banyak la manfaat straw nie

    ReplyDelete
  14. Saya pun dah siap siap sediakan stainless straw ni :) Marilah kita jaga alam sekitar. yang masih menggunakan straw plastik dan plastik tu janganlah dibuang merata rata pun. Bagus juga tindakan bawa beg masa shopping. Jimat penggunaan plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sama-sama la kita jaga alam sekitar ini

      Delete
  15. Tindakan saya untuk menjaga alam sekitar adalah dengan mengguna reusable plastic container untuk barang2 makanan yang nak di frozen kan .

    ReplyDelete
  16. dah beli tapi selalu lupa nak bawak haha

    ReplyDelete
  17. dulu rajin jugak nak bawak straw besi ni..tapi lama2 rasa tak user friendly..lepas pakai, nak kene basuh dulu and terus masuk dalam beg semula..bahaya untuk orang yang mudah dijangkiti bakteria macam saya ni..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu yer. Zumal pun jenis mudah dijangkiti bakteria juga tapi selalu efek telinga

      Delete
  18. sy guna straw yg starbucks kasi percuma tu je... la ni dah jrg minum luar...so mmg x pakai laa straw nmpk nya hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts