GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa buat semua. Sejak menjadi warga negeri Johor ni baru awal bulan Julai lalu Zumal berkesempatan mengunjungi Galeri Darurat Bukit Kepong. Kalau korang pernah tengok filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsudin pasti korang tahulah tentang kisah yang berlaku di Bukit Kepong pada tahun 1950 dulu.



Tragedi berdarah itu berlaku pada 23 Februari 1950 pada pukul 5.00 pagi. Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di tepi Sungai Muar telah diserang sekumpulan komunis seramai 180 orang. Pihak Polis termasuk keluarga dan orang kampung yang terkorban adalah seramai 25 orang. Manakala pihak Komunis yang terkorban dalam tragedi ini berjumlah 40 orang.


Galeri Darurat Bukit Kepong berada dalam kawasan Balai Polis Bukit Kepong. Bermakna tapak balai polis sekarang dibina di atas tapak balai yang telah musnah dalam  serangan Komunis pada tahun 1950 itu. Galeri Darurat Bukit Kepong ini setinggi 3 tingkat. Di sini bukan sahaja diceritakan tentang kisah Bukit Kepong tetapi juga diselitkan tentang sejarah penubuhan pasukan PDRM. Selain itu juga galeri ini turut menceritakan tentang perjalanan negara sebelum merdeka. Pelbagai ranjau berduri berlaku walaupun kita mendapat kemerdekaan bukan kerana perang tapi sebelum itu sudah banyak tragedi berdarah yang berlaku walaupun bukan kita berperang menuntut kemerdekaan.


Gambar di atas adalah gambar sebenar Balai Bukit Kepong. Disebalahnya dibina replika balai tersebut. Balai Polis dulu-dulu bukanlah segah balai sekarang. Hanya bangunan kayu yang sangat berisiko musnah jika diserang.


Dibelakang Zumal adalah replika Balai Polis Bukit Kepong yang dibina berdasarkan gambar di atas tadi. 


Ini adalah jenis senjata yang digunakan oleh pihak polis semasa kejadian. 




Antara maklumat-maklumat yang disediakan untuk pengunjung di galeri ini. Kalau korang datang jangan lupa membaca setiap rentetan kisah itu hinggalah sampai negara kita merdeka.


Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh la berkunjung ke:



Galeri Darurat Bukit Kepong

Jalan Muar-Labis,

Bukit Kepong,

84600 Muar, Johor.

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum

Comments

  1. belum berkesempatan nak melawat n pusing johor lagi ni, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti datang la. Banyak tempat boleh dikunjungi di johor ni

      Delete
  2. Seronok pegi tempat bersejarah mcm ni... kalau yg jenis x minat sejarah boring la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau tak minat confirm pada dia situ tak ada apa2 pun.

      Delete
  3. BOLEH AMBIL TAHU SEJARAH BENAR TRAGEDI SEDIH ITU DI SINI YA

    ReplyDelete
  4. pernah singgah sini beberapa tahun dulu memang seronok especially utk mengetahui sejarah bukit kepong dulu kan

    ReplyDelete
  5. Pernah dtg sini dulu agak interesting juga muzium sini
    baru tau zumal jadi johorian sekarang ni

    ReplyDelete
  6. baca sejarah lama sedih je rasa..susah payah nak merdeka

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana membuat rekod ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts