KEMBALI DENGAN WAJAH BARU

 


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa buat semua. Harap maaflah kerana Zumal selalu tenggelam timbul sekarang ni. Dulu sampai tak renew domain hinggalah kena buat domain baru. Disebabkan sayang pada nama Dunia Zumal tu jadi pada bulan Mei lepas terpaksa rela Zumal daftar ssm untuk apply domain dotmy macam sekarang ni. Alhamdulillah walaupun belanja sikit besar berbanding dengan dotcom yang pasti Zumal tetap boleh pakai nama Dunia Zumal ni. Korang pun dah tahu kan tak ada orang lain nak pakai nama Dunia Zumal sebabnya itu dunia I jer. Hehe...

Sekarang ni Zumal fokus untuk berniaga pula lagipun alang-alang ada ssm kan. Harap lepas ni boleh buka kedai la macam dulu-dulu. Bab novel online tu jangan risau sebabnya Zumal akan teruskan. Insya Allah Zumal pun dalam proses nak bukukan novel yang Zumal dah karang dalam masa setahun lalu. Cuma benda tu dalam buku, sekarang nak menaip la. Kadang-kadang malas pun ada. Semoga Zumal boleh atasi kemalasan tu.

Untuk hari Jumaat ni Insya Allah Stesen akan bersambung kembali. Lepas habis Stesen ada lagi bakal muncul di blog ni selain novel fizikal yang bertajuk Tasik, Florra dan juga Reunion. Zumal harap dapat ketemu penerbit yang sesuai. Okay la. Raya tak habis lagi kan??? Salam Aidiladha buat semua.

Comments

  1. wow.. penulis novel.. hebat..
    lama betul x singgah sini.. lain sangat dah rupa.. better..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kembali dengan semangat yg baru

    ReplyDelete

Post a Comment