
Giveaway Saya Sayang Malaysia
Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..
Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia
1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"
2. Copy and Paste Code entry giveaway
3. Follow dan Like fanpage Sponser
4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….
Sila Layari
Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..
Slogan zumal:
Saya Sayang Malaysia kerana Malaysia adalah tanah air kelahiran saya serta saya hidup aman bahagia bersama keluarga tanpa sebarang ancaman. Di Malaysia ada segalanya dan semakin pesat membangun menuju ke arah wawasan negara maju. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Saya Sayang Malaysia.
Assalamualaikum...
petang nie zumal join contest daripada KLA pada saat akhir
Bukan kerana hadiah, tapi pada zumal cukuplah sekadar dapat bersilaturrahim sesama blogger yang lebih senior (usia blog) sebab rasa umur tuan punya blog rasanya zumal lebih senior. Hehe...
Thanks for KLA kerana menganjurkan GA yang awesome sebigini. Zumal harap dapat teruskan di masa akan datang yer.
Wassalam...
Blog For Life
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. Baca selanjutnya
disini.
'Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya. Saya akan pergi' kata Ketua Polis Pulau Pinang semalam akibat ugutan oleh gangster di Pulau Pinang. Baca selanjutnya
disini.
KUANTAN: Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira mengalami histeria selepas mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit tengah hari tadi.
Kejadian itu dipercayai berkaitan dengan insiden dua pelajar sekolah berkenaan yang bertindak terjun dari salah satu bangunan itu pada Mei dan awal bulan ini.
Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga maut terjun dari tingkat satu sebuah bangunan pada 22 Mei lalu.
Kejadian hampir sama berulang pada 3 September lalu apabila cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.
Sumber.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26
Assalamualaikum semua...
Pagi nie kat ofis sunyi sikit sebab ramai yang ke kursus. Siap kerja terus tengok blog. Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ni zumal rasa macam tak dapat dipisahkan dengan internet. Suatu masa dulu zumal ada juga blog tapi dah tak aktif, tahun lepas la yang membuka niat untuk berblog lagi. Zumal terus bangunkan blog baru nie. Tapi pada awalnya kurang aktif sikit cuma sejak 2 bulan nie je yang zumal lebih pro aktif. Yela, maybe pasal tekanan yang zumal kongsikan sebelum nie. Mood kerja dah hilang. Lagi pun zumal dengar citer yang servis zumal secara sambilan nie dah tak sambung. Bukan kerana masalah disiplin tapi atas sebab perkhidmatan pekerja sambilan harian macam zumal tidak lagi diteruskan pada tahun hadapan untuk semua jabatan. Lepas nie fulltime kat blog la jawabnya. Sehingga sekarang zumal masih belum membuat income dengan blog, cuma selepas ni nak belajar dengan taiko-taiko blogger camne nak buat income dengan blog. Sebab tu la zumal guna title Blog For Life nie. Nak cari makan guna blog. Insha Allah. Apa pun kepada rakan-rakan blogger thanks for your support yer.
Ok la, sekian sahaja zumal berceloteh. Susah kalau dah kering modal jejari nak menari di keyboard nie lagi. Salam Blogger. Blog For Life.
Wassalam...
#Blog4Life
Assalamualaikum semua...
Suatu masa dahulu zumal pernah bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara (event management). Zumal nampak peluang yang besar dalam bidang nie sejak awal tahun 2009. Zumal pernah mendaftar syarikat untuk projek ini tapi apa daya tak dapat projek besar masa tu, akhirnya gulung tikar. Bagaimanapun zumal masih tetap inginkan kerjaya dalam bidang ini.
Perkongsian kali ini zumal nak fokuskan untuk menarik minat anda dalam bidang ini. Kenapa? Kerana peluang yang ada cukup besar dan setiap masa orang perlukan jika anda ada modal dan team yang baik. Team? Ya, anda perlukan team dalam kerjaya ni. Dulu zumal tak ada team yang stabil jadi terpaksa lupakan saja niat tu.
Mungkin anda tidak terfikir apakah projek yang boleh anda uruskan jika anda menceburi bidang ini? Majlis perkahwinan. Setiap masa akan ada orang yang naik pelamin, itulah peluang anda. Mungkin selama ini kita hanya fikir perlukan katering, butik pengantin, deejay, dan sebagainya tu je. Sebenarnya segala proses berkaitan majlis perkahwinan ni boleh diuruskan oleh satu syarikat je. Pengurusan acara ni merangkumi semuanya dari segi katering, pelamin, khemah, hantaran, kad jemputan, dan pelbagai lagi diuruskan di bawah satu bumbung. Ia lebih memudahkan pelanggan. Itu skala besar, sebenarnya majlis hari jadi pun salah satu projek yang boleh diuruskan. Sampai bila pun tetap ada orang yang perlukan pengurusan acara ni. Itulah peluang kerjaya ini.
Kita lihat pula karnival seperti Jom Heboh, Matta Fair, PC Fair, karnival memancing, pesta konvo dan lain-lain ini juga adalah acara yang diuruskan oleh pengurus acara. Selain itu anda juga boleh wujudkan pertandingan atau pesta jualan. Hadiah-hadiah tidak semestinya kita sediakan tetapi kita boleh mencari penaja untuk taja hadiah-hadiah ini dengan balasan kepada mereka anda berikan tapak khas untuk mereka buka booth pameran mereka. Tengoklah betapa besarnya peluang yang ada. Sebab itulah zumal suka bidang ini.
Sekian saja perkongsian zumal untuk entri kerjaya pilihan.
 |
Majlis Perkahwinan |
 |
Jom Heboh |
Assalamualaikum semua...
Zumal rasa tidak salah untuk berkongsi perasaan ini dengan anda. Bukan untuk membawa anda ke dalam dunia zumal yang serba serabut dengan pelbagai masalah ini tetapi sekadar untuk berkongsi apa yang dirasa. Orang kata diluah mati mak, ditelan mati bapak. Betul ke tidak? Tapi maksudnya lebih kurang begitulah. Nak melarikan diri dari perasaan tersepit diantara beberapa individu yang rapat dengan kita agak sukar. Kekadang zumal rasa dari kecil lagi keputusan apa-apa pun bukan lahir dari diri sendiri tetapi dari mereka yang kononnya terlalu memahami diri kita. Betul tak? Dalam hati zumal, hanya zumal yang tahu. Tersepit. Akhirnya terjebak jua. Mereka tak sepatutnya begitu, mereka hanya buat untuk kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kesan yang zumal bakal hadapi sendiri. Zalim. Itulah mereka yang sebenarnya. Bila pertikai atau tidak mahu ikut kata mereka, mereka anggap kita cipta alasan. Memang alasan. Zumal fikir tentang hari esok, bukan hanya hari ini. Memang zumal perlu alasan sebab itulah yang dapat membebaskan diri zumal. Mereka tetap tak faham atau sengaja tak faham semua itu. Apa saja keputusan hari ini akan memberi impak masa depan zumal. Kalau sukses tak apa, kalau tidak bagaimana pula? Zumal akan tanggung sendiri semua tu nanti bukanya mereka. Betulkan? Tolonglah jangan jadi jurucakap zumal biar zumal buat keputusan sendiri dari hati zumal sendiri.
Hanya bermonolog. Zumal tak menuding pada sesiapa. Sesiapa itu akan faham sendiri andai membaca semua ini. Wasalam.
Assalamualaikum semua...
Macam mana dengan wajah baru blog zumal nie? Menarik tak? Kalau nak tahu baru-baru nie zumal gunakan servis dari adik Aimi pemilik Blog Encik Tinggi tu. Kenal tak? Sure anda kenal. Maklum la adik Aimi nie glamour tau. Siap dapat preview dalam Majalah Remaja edisi September 2013. Zumal ucapkan bebanyak terima kasih kepada adik Aimi. Moga dengan wajah baru nie zumal akan terima lebih ramai pengunjung blog. Insha Allah.
Sekian, Wasalam...
#Special Thanks to Aimi Syafiqah Suhaimi
Assalamualaikum semua, pagi tadi terbaca berita nie dalam Harian Metro. Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, Sungai Siput bertempiaran lari sejurus terserempak haiwan aneh seperti 'lintah' tetapi seberat 25kg. Kalau betul lintah sure kering darah kita disedutnya. 'Lintah gergasi tu sepanjang 2 meter dan mempunyai bentuk muka menyerupai anjing. Baca selanjutnya
disini...
#zumal geli dengan lintah
Assalamualaikum semua... Hari nie zumal dalam mood nak cuti. Jumaat hari yang menenangkan jiwa. Alhamdulillah. Pagi nie zumal sertai segmen tambahkan follower dan isi tabung dari blog Beginning of an Ending oleh Kinah. Thanks Kinah sebab adakan segmen ini. Boleh la kongsi-kongsi link. Thanks sekali lagi Kinah sebab follow zumal. Jom kita follow Kinah yer.
Wasalam.
Assalamualaikum semua, tadi zumal terbaca artikel kat ofis yang pendaftaran plat RL dah dibuka untuk booking. Sesiapa berminat bolehlah ke JPJ untuk info selanjutnya. Zumal rasa yang sesuai pakai plat nie para Raja Lawak dan Raja Lelong kot. Zumal nak tunggu RX. Entah bila nak sampai turn plat RX tu yer. Rasanya plat kat Perlis la yang paling lambat. Kiranya plat RK cepatlah juga berbanding yang dulu-dulu. Sekian aje sebagai mskluman anda.
Sejak akhir-akhir ni zumal rasa tak tenang, tak seronok untuk melakukan tugas harian. Semua kerana
hati. Bukan kerana jatuh
hati taw. Nie sebab semakin hari semakin sakit
hati disamping selalu makan
hati. Makan
hati ayam tak pe jugak. Sedap. Ini masalah tak sedap sampai hilang fokus, hilang mood dalam melakukan tugas harian zumal. Zumal tahu ada mata yang memerhati apa yang zumal lakukan tapi dah lebih sangat kot. Apa pun zumal kenalah
hati-hati. Lagi pun zumal memang tahu siapa orang tu. Apa kes yang dia sakit
hati sangat dengan kerja-kerja zumal nie.
Zumal sabar je la dan terus hati-hati dengan mata yang memerhati tu. Zumal sedar siapa diri ini. Apa pun rasa senang hati sebab esok dah cuti... Hehe.. Boleh la tenangkan hati dan pergi makan kenduri besok.
Assalamualakum
Kekadang zumal buat sesuatu untuk kebaikan tapi orang salah anggap. Dan ada juga kita buat baik tetiba terima balasan tuba. Apa salah zumal agaknya??? Kerana semua tu zumal terpaksa tanggung tekanan sampai la sakit kepala nie. Siang tadi pun zumal tak pergi kerja sebab rasa berat sangat kepala nie.
Sebelum ni zumal dah memang sakit macam-macam. Sampai kekadang tak boleh jalan. Kekadang risau macam mana nak kerja. Tapi kalau tak kerja macam mana nak teruskan hidup nie. Dengan serba salah terpaksa zumal teruskan kerja. Tapi sejak akhir-akhir nie rasa macam ada yang sakit hati bila zumal kerja situ. Apa ya yang tak kena? Serba serbi tak kena.
Macam mana lagi zumal nak puaskan hati semua??? Cer habaq sat!
Kalau kawan-kawan ada idea leh kongsikan yer. Zumal nak tidur dulu. Jangan lupa join contest zumal yer.Wasalam.
Assalamualaikum semua...
Hari ni Zumal teringat nak adakan Powerbank Giveaway Contest untuk semua rakan blogger. Walaupun pada bulan lepas Zumal dah buat contest sempena merdeka tapi sambutan agak hambar. Jadi kali ni Zumal akan beri tempoh yang panjang untuk sertai contest terbaru ni.
Pada kali ni Zumal akan beri hadiah powerbank kepada pemenang pertama contest ni. Tapi jangan risau kali ni hadiah misteri turut akan diberikan kepada pemenang tempat kedua dan ketiga. Menarik tak? Kalau menarik, disini cara untuk sertai contest ini. Mulanya anda perlu follow blog ini dan komen entri ni Saya Nak Powerbank beserta link ke blog anda. Sememangnya tujuan Zumal adakan contest untuk meningkatkan follower blog ini. Kemudian anda perlu adakan entri bertajuk 'Saya Join Powerbank Giveaway Contest Blog DuniaZumal' dan sertakan post paling kreatif dengan link untuk ke blog Zumal. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri paling menarik. Lepas tu jangan lupa send email nama, alamat dan nombor fon anda ke zumal84@gmail.com. Senang tak syarat Zumal kali ini? Kalau senang jangan tunggu lama-lama nanti terlepas. Tarikh tutup contest adalah 15 Oktober 2013. Panjang lagi masa tu. Selain tu jangan lupa sertai GA dari adik Tasha Aqiha juga. Blog For Life.
Sekian, salam blogger semua.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Assalamualaikum semua...
Hujung minggu nie aku fulltime kat rumah tak macam minggu lepas kena join Perarakan Kemerdekaan. Disebabkan aku ada di rumah sepanjang hari maka bermulalah idea merapu aku untuk santapan tengah hari tadi. Hari nie aku buat menu pecal edisi merapu. Nak tahu apa aku letak? Pepagi tadi aku ke pasar tani mega Taman Sena Indah, Kangar untuk cari bahan-bahan untuk resepi merapu aku. Mula-mula aku beli sayur kangkung 1 ikat, kacang buncis, tauhu, tempe dan telur ayam. Ada beberapa bahan yang memang ade kat frezer aku macam bebola sotong, kuah kacang agromas.
Asalnya aku nak buat pecal nie sebagai sarapan tapi dik kerana hujan di awal pagi jadilah makan tengah hari. Lagi pun setiap satu bahan kena rebus yang ambil masa agak lama juga sebab ada beberapa iklan dalam operasi menyiapkan menu pecal aku nie. Setelah siap aku pun menikmatinya dengan lahap sekali. Hahaha. Apapun resepi aku berjaya sehingga ke mangkuku terakhir. Tengok gambar Pecal Merapu Duniazumal nie.
Pada minggu pertama Syawal keluarga aku dah bertambah lagi. Tapi bukan la aku dapat anak sebab aku still bujang der. Yang bertambah tu kucing aku. Putih dapat tiga ekor anak yang sama corak macam dia jugak. Sebijik macam buat klon. Nama pun tak tahu letak ape lagi.
Walau disebalik kegembiraan tu, ada juga kesedihan melanda kerana anak sulung Putih yang bernama Kajol tak sihat. Habis bulu-bulunya gugur. Tok sapukan air gamat. Tak tahu la berapa lama dia nak sakit gini. Kesian aku tengok dia. Makan pun Kajol tak berselera macam dulu. Baru je umur setahun dah sakit macam-macam. Tok la paling sedih sebab Kajol tu kucing kesayangan dia. Kajol dah tak nakal macam dulu, kurus je badan Kajol sekarang nie.