Berita : 83 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia buat semua. Semalam di Perlis hujan lebat beserta ribut melanda dari jam 5.15 petang. Kawasan yang teruk dilanda ribut adalah kawasan Guar Sanji, Titi Tinggi dan Chuping melibatkan 83 buah rumah rosak.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Puan Norsuyani Mohd Noor antara kampung yang terlibat dengan ribut ialah Kampung Semut Gatal, Che Ok Tengah, Pida Dua Sekerat, Telaga Haji Latif, Kampung Cermai, Kampung Padang Besar dan Kampung Lahar Jambu.
Beliau berkata kerugian awal yang ditafsirkan melebihi RM20,000. Tiada kecederaan yang menimpa pemilik dan penghuni rumah.
Beberapa keluarga yang rumah mereka rosak teruk kini menumpang sementara di rumah jiran atau sanak saudara manakala bantuan baik pulih atau disalur sebaik bancian selesai.
#Zumal hanya membantu di belakang tabir menyiapkan kit bantuan untuk mangsa... Rajin2 la klik sini dan jika anda peminat Levi's klik sini
![]() |
Fokus buat kerja |
Semoga sentiasa dilindungi
ReplyDeleteInsha Allah :)
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala2nya... aamiin..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala2nya... aamiin..
ReplyDeletehermm kesian nya semua mangsa. harap mereka semua tabah :(
ReplyDeletesumbangan en zumal tu dah kira besar untuk para mangsa :)
ReplyDeleteDekat sini pun ribut juga tapi xseteruk di Perlis. Semoga semua mangsa tabah menghadapi ujian ini.
ReplyDeleteHarap mereka tabah menempuhi dugaan ini...
ReplyDeletebaguslah ada yang membantu,, moga dapat ringankan beban dorang,, amiin
ReplyDeleteAlhamdulillah la... Tapi zumal trauma bila hujan lebat :(
ReplyDelete