Derita Bisul
![]() |
|
Tengah sibuk mencari cari cara mengubati bisul tetiba terjumpa maksud bisul oleh Wikipedia. Sebagai perkongsian jom la baca apa yang zumal jumpa tu. Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Struktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan. Bagaimanapun, apabila pembedahan membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau digunakan sebagai pilihan terakhir. Penyingkiran nanah dari bisul paru-paru boleh dilakukan dengan meletakkan pesakit pada kedudukan yang membolehkan nanah dikeluarkan melalui saluran pernafasan respiratory tract. Selepas pembedahan untuk membuang nanah, antibiotik biasanya diberikan untuk mengawal jangkitan. Demah dan meninggikan anggota badan mungkin berguna untuk bisul kulit.
Nanah Perianal terdapat pada pesakit dengan Penyakit Buasir (inflammatory bowel disease), Penyakit Crohn, atau penyakit kencing manis. Sering bisul akan bermula sebagai luka dalaman disebabkan oleh ulser atau najis keras. Luka ini biasanya berjangkit akibat kehadiran najis dalam kawasan dubur (rectal), dan menjadi bisul. Ia sering hadir sebagai tisu bengkak pada dubur yang membesar dan menjadi semakin bertambah sakit.
Tapi dalam perkongsian tu tak ada pasal bisul kat ketiak. Tok cakap orang sebut barah kelawar. Dulu ada jiran zumal kena tapi dia buat operation. Zumal tengok lepas operation pun asyik moody je baik zumal tak payah ikuti jejak dia.
Nak tahu apa zumal buat? Zumal tempek bedak sejuk tok campur sedikit garam. Dalam 4 hari dah try cuma nampak kurang kemerahan kat ketiak tu tapi still sakit. Sakit tu penghapus dosa kan, zumal redha je la. Insha Allah lega gak kot.
KLIK SINI UNTUK UBATI BISUL YER...
Bagi Peminat Raja Lawak Jom Ke Entri Ini
KLIK SINI UNTUK UBATI BISUL YER...
Bagi Peminat Raja Lawak Jom Ke Entri Ini
Aduii sakit bisul cenggitu Zumal.. ada org smpi kena operation. Semoga cepat sembuh ye... aamiin...
ReplyDeletemoga cepat sembuh dn kembali untuk membuat kerja dgn lebih selesa.amin
ReplyDeletemoga cepat sembuh dn kembali untuk membuat kerja dgn lebih selesa.amin
ReplyDeleteAdoiii sakitnyerr ...
ReplyDeleteSabar ya ZuMal...
Moga cepat sembuh ...Cepat2 cari ubat TERBAIK !!!
Memang tidak selesa dan teramat sakitlah bila kena bisul ni. Semoga cepat sembuh ye...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh =)
ReplyDeletecerita pasal bisul ni, tetiba teringat masa zizie kecik2 dulu, terlanggar pelepah nyoq, terus bisul kat bahagian kena tu.. pastu zizie bc satu ayt yang ustazah ajar, terus pecah.. pergh! seram rasanya.. huhu..
ReplyDeleteha bisul? saya tak penah kena bisul tp anak2 ada lah. bila tgk mcm nk timbul jer cepat2 lenyek dengan bawang putih. trus kecut..
ReplyDeleteTerima kasih semua... Especially akak +Khairul Bariah bagi tips kecutkan bisul. Nak angkat tangan pun rasa sakit sangat.
ReplyDeletekalau dah bisul bagai nie dik..cik akak memang tak de mood nak meleret senyumnya..hihi..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dik
Hehe, terima kasih :)
ReplyDeletekene bisul mmg sakit.. kalau tertepis orang mau menjerit tu...
ReplyDelete