KUIH TUNJUK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berpuasa juga pada mereka yang berpuasa hari ini. Esok dah pun Aidiladha. Jadi pagi nie zumal agak sibuk membeli belah. Tok zumal order macam2. Awal pagi zumal dah keluar ke Pasar Tani Mega Taman Sena Indah yang hanya beberapa block di belakang rumah zumal.
Disebabkan zumal tak sihat, jadi semua beli jew. Tak nak masak2. Tak sihat kew malas ye dak... Zumal beli ketupat segera, kuah kacang segera dan beberapa jenis kuih. Orang Perlis cakap kuih tunjuk la sebab kita pergi tunjuk2 jew kat orang jual tu pastu dia bungkus dah siap kuih raya zumal.
Tahun nie rasanya Aidiladha zumal tak berapa meriah kerana tak ada sesiapa yang pulang ke kampung nie. Begitu la jadi orang kampung, sanak saudara tak berkunjung pasti sunyi jew. Kalau masa zumal kecil2 dulu sanak saudara tak balik pun still ada rakan-rakan seperjuangan bakal meneman zumal merantau segenap parit dan sawah. Best sampai kena rotan. Sekarang semua tak menetap di Perlis tinggal la zumal yang menjadi penunggu rumah pusaka arwah tok wan nie.
Raya kedua sepupu zumal ada buat kenduri akikah anaknya di Jitra. Dapat juga la memenuhi kekosongan jadual agaknya. Apa pun ingin zumal ucapkan Salam Aidiladha untuk seluruh muslimin dan muslimat walau di mana jua berada... Terima kasih kepada korang yang sudi membaca coretan zumal ini. Wassalam...
samalah . kami pun panggil kuih tunjuk juga . sat gi nak buta biskut sbb dah janji dgn anak buah ...
ReplyDeletewaaahhh ade jugak kuih tunjuk tu..
ReplyDeleteayu kat umah time2 cmni dok lyn laptop je...
famli sume xde kerja
adik2 pon same
asben pon kerja jugakk
aishh kesorangan btl hari ni
pape pon selamat mnyambut raya qurban zumal
Salam Aidiladha buat Zu Mal....sekarang sibuk nak buat buras...makanan wajib kaum bugis....kuih tunjuk pun sedap tu...
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat Zu Mal sekeluarga. Saya langsung xde buat kuih pun cuma masak ketupat dan rendang je. Pantai barat tak lah semeriah pantai timur bla menyambut hari raya haji.
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha.. sama la kureng sihat skit.. tapi stay bangun buat keja ngan memasak untuk jamah tengahari tadi.. kesian kat anak2..
ReplyDeleteI dah refresh banyak kali
ReplyDeletetapi gambar tak papar
sigh
anyway
wish you Selamat Hari Raya Aidiladha
MY-Emily
Ada masalah lain maybe format tak support... Thanks Emily
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha zumal. 0-0. hee.
ReplyDeleteNadyya salu kalo raya haji xde kuih2 pon.. kadang2 mcm xde suasana raya.. n tak alik kg pon.. cuma taun ni.. ramai lak pakcik bt korban soo sok pg bru alik kg.hee.. n kt uma ni xde kuih raya ponn.. tp ade buat jugak kek batik pg td..hehe
Selamat Hari Raya Aidiladha juga... Kat sini pun memang macam tak raya gak. Tok zumal orang Perak, kampung dia meriah gak raya haji jadi zumal ikut style tok. Hehe ^_^
ReplyDeletexpe la zumal.. daripada takde langsung kan... huhu..
ReplyDeletekuih tunjuk pon boleh lah...salam, aidiladha bro.zumal
ReplyDeleteoh. kat perak, raya haji memang meriah ke? :)
ReplyDeleteSelamat menyambut Raya Haji Zumal.
ReplyDeleteMeriah tu pun tidak juga tapi suasana kampung buat ia meriah tambahan pula ramai yang buat korban dengan ada kenduri lagi...
ReplyDeletewahh.. oklah tu ada kuih muih menjamu selera.. Salam ceria Aidiladha Zumal.. :)
ReplyDeletememang semua tunjuk ye bro :)
ReplyDeletetime hari raya korban pun ada org jual kuih muih gi ni eh
ReplyDeleteKalau berkumpul ramai2 pasti meriah, kan?
ReplyDelete