KERANA DURIAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam Zumal cerita pasal nak cari durian kan. Selalu kalau tak nak beli, mudah jer nampak orang jual durian di tepi-tepi jalan. Tapi hari nie lain sebabnya Zumal nak beli durian tu. Bila cari tempat yang biasa nampak orang jual hari nie tak ada pun. Sepanjang jalan pulang dari tempat berniaga memang tak jumpa satu pun penjual durian.
Bila Zumal dah putus asa, Zumal terus pergi Pasar Ramadhan untuk beli juadah berbuka. Tempat yang sama Zumal beli santan tu. Parking je motor, eh ada durian. Betul-betul depan Zumal parking tu. Alhamdulillah rezeki tok.
Selonggok RM 10.00 je. Dapat 4 biji durian yang comel. Durian kampung je. Bukannya musang king or musang berjanggut (ade ke?).
Mulanya nak buat untuk berbuka. Tok kata makan nanti sahur la. Pukul 1.30 pagi mengopek durian sambil makan. Alhamdulillah elok duriannya.
Penuh gak semangkuk durian tu. Walaupun dah makan banyak juga. Pastu dalam 2.00 pagi terus buat pengat durian seperti yang tok mahukan tu.
Mudah je nak buat pengat durian. Masukkan durian dalam periuk, masukkan air, gula pasir dan gula gerek. Masak sehingga gula hancur. Lepas tu campurkan santan dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan.
Siap pun hidangan bersahur Zumal. Sorry la ek sebab entri nie bersiaran jam 10.00 pagi. Rasanya banyak juga pengat durian nie jika hanya untuk kami berdua.
#kerana durian, jari pun terluka.
Wah, untuk tok . Alhamdulillah bagus betul cucu seperti zumal ni . Amboi Nik pun dah lama cari durian tapi belum ada kesempatan untuk makan . Hahaha Boleh cari ni untuk berbuka nanti . Pengat durian tu mohon pos . hahaha
ReplyDeleteRezeki tok. wah rajinnya pukul 2 masak. hihi
ReplyDeletesedap serawa durian.. kena pulak dgn pulut heheheh
ReplyDeletesedapnya pengat durian makan dgn pulut buat sahur...raajin zumal
ReplyDeleteAlhamdulillah tok dapat makan durian..
ReplyDeletekalau kami panggil bubur durian. cicah dengan roti tu alahaiiiii sedapnyaaaa
ReplyDeleteish ish pengat durian.. terangkat betulllll
ReplyDeleteKuning elok isi dia...
ReplyDeletelama mkan sebab xboleh makan byk nanti demam
ReplyDeletesedapnya makan pengat durian.
ReplyDeleteWah sedapnya durian.. Buat pengat pun sedap
ReplyDeletemujur ekin kurang mkn durian ni hihihi
ReplyDeletesedapnya pengat durian..bln puasa ni x mampu nk mkn durian bnyk2 tkt sakit tekak
ReplyDeleteCicah lempeng sedap nie..pandai zumal jaga tok :-))
ReplyDeleteSha panggil kuah durian..cicah ngn roti best nie..
ReplyDeletedapnya lahai...kami dok ratah ja durian bln posa ni.tu yg Aqil demam pns tu.mkn durian byk sgt
ReplyDeletecalit kat pulut pun ok juga tu zumal ...
ReplyDeletesedapnya durian kg...pengat durian tu mkn dgn pulut sedap kan
ReplyDeletejari terluka? sianya..nape x pakai sarung tangan ishhh
ReplyDelete