BAHASA BLOGGER
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita yer. Setiap hari rasanya semakin bertambah bilangan blogger dalam dunia ni. Betul tak? Kawan-kawan dan saudara-mara pun dah ada menjadi blogger. Hmmm...
Namun begitu kita yang jadi blogger ni jer yang faham bahasa-bahasa tertentu yang biasanya hanya blogger yang guna. Zumal pun perhati juga dekat facebook Zumal tu, bila kita share sesuatu yang ada perkataan yang dorang tak guna mesti dorang pm tanya. Kesian depa nooo...
Antara bahasa yang hanya blogger jer guna iaitu blogwalking. Jenuh nak terang kat depa yang baru terjebak dalam media sosial sebenarnya. Apa dia la blogwalking tu, blog berjalan. Hmmm punah. Sebenarnya blogwalking ni satu rutin blogger yang suka berkawan, dorang akan ziarah blog lain dan selalunya akan komen di entri(post) blogger tersebut. Kita juga berbalas-balas kunjungan. Tak faham nasib la kan...
Entri??? Apa pulak dah? Ini selalu juga jadi tanda tanya bila kita share pada umum. Walaupun maksud asal entri tu dari perkataan enter yang bawa maksud masuk tapi entri ni bukan maksud macam tu. Entri ini membawa makna sesuatu post yang telah disiarkan oleh blogger di blog mereka. Yang hampa tengah baca ni disebut sebagai entri. Faham dak?
Review. Review ni kebanyakan orang tahu sebab makin ramai pengguna internet buat review walaupun bukannya blogger. Review ni umpama kita mengiklankan, memperkenalkan tentang sesuatu di blog. Hmmm moga bila ada entri review dari zumal mengenai sesuatu bacalah bagi habis dan selalunya ada maklumat lengkap dalam tu. Contoh nombor telefon, link facebook atau apa-apa cara untuk menghubungi. Tapi selalunya pembaca tu WhatsApp zumal tentang produk, harga, ada stok ke? Nasib la ai tak diva, ai jawab jujur jer.
Giveaway. Dulu-dulu blogger je pakai ayat ni. Sekarang kebanyakan bisnes online dah pandai guna ayat giveaway. Giveaway ni segmen berbentuk pertandingan, yang selalunya untuk kalangan blogger je. Cara nak join ikut syarat yang ditetapkan dan nanti keputusan akan diumum oleh pemilik blog tu.
HTML. Ini bahasa berkaitan kod-kod pula. Blogger je kot yang pakai kecuali Zumal. Hahaha... Pakai tu pakai tapi tak tahu apa-apa disebaliknya.
PV dan pageview. PV tu memang janggal la bagi orang yang tak jadi blogger. Tapi maksud PV tu adalah pageview. Pageview tu adalah bilangan kunjungan ke blog dalam satu-satu masa tertentu. Pageview sangat penting bagi seorang blogger yang mencari rezeki di blog.
Hmm itu je la bahasa yang terlintas sekarang. Ada lagi nanti Zumal update semula. Semoga perkongsian Zumal membantu anda faham sedikit mengenai bahasa kami....
Hehe... Betul tuh.. Banyak juga istilah blogger sesama kita yang pembaca bukan blogger di luar sana tak tahu.. Ok bagus la zumal dah terangkannya
ReplyDeleteAah semoga membantu lebih faham
Deleteyup..blogger sahaja faham istilah-istilah ni..tapi tak pernah pulak rakan-rakan bukan blogger pm tanya maksud kat saya..hehe
ReplyDeleteHehe, kekadang maksud tulisan dalam blog pun dorang tanya,terutama yang bukan senegara kita
Deleteistilah blogging ni blogger je yg fhm kot
ReplyDeleteKan
Deletebaik guna bahasa yang umum atau memberi pemahaman bahasa blogger kepada orang ramai.
ReplyDeleteBaiklah
DeleteSalam. Makcik datang blogwalking . . . Nice entry.
ReplyDeleterasa bertuah pula sebab kita ni jadi blogger kan
ReplyDeleteBetul tu Mazni...
Deleteitu la kan, kdg2 memang ramai kwan2 fb yg xfaham..hihi..
ReplyDeleteKekadang kita hanya review, depa complaint pasal tempat tu kat kita
Deleteblog walking? sis JM suka blog walking tak hihih
ReplyDeleteJM la paling otai dalam bidang blogwalking ni
Deletedulu sebelum sis JM terjebak dengan dunia blogger ni..mmg satu pun tak faham bahasa blogger ni
ReplyDeleteSama la kita JM
Deletebtl tu..
ReplyDeleteayu masuk dunia blog baru tau perkataan2 cmni..
t
Sama la kita
DeleteHehe mula-mula dulu kita pun tak tau apa tapi lepas baca satu blog ke satu blog lama-lama tau juga hehe. Gud sharing zumal
ReplyDeleteSama la kita. Zumal pun macam tu...
Delete