TERUS MELANGKAH
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Terima kasih kerana hampa semua tak lupakan zumal dan blog ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan baru yang sudi follow blog zumal.
Kali ini zumal masih berkongsi kisah personal yang mungkin ada yang muak dan Alhamdulillah ada memberi moral support. Terima kasih yang tidak terhingga buat hampa semua.
Alhamdulillah zumal masih lagi dapat teruskan perjalanan di bumi Allah ini. Walaupun kekadang perjalanan hidup zumal penuh suspen macam komen Mr Hanafi dalam entri lalu. Memang suspen sebab zumal memang tak tahu apa yang bakal berlaku. Hanya doa yang mampu zumal panjatkan selain usaha yang zumal lakukan.
Syukur, berkat usaha zumal akhirnya Allah hadirkan insan-insan yang pemurah datang membeli barang jualan zumal. Semalam zumal dah tengok dalam dompet dah tak ada duit besar selain duit kertas merah dan hijau, tetiba seorang sahabat telefon nak datang tengok kasut. Alhamdulillah beliau membeli dan ada juga rezeki zumal dan adik serta anak menakan.
Kekadang tu rasa perit. Pernah terlintas biar la zumal pi makan sorang-sorang sebab bajet tak cukup tapi zumal tak mampu lakukan kekejaman tu. Hehe Alhamdulilllah la zumal berjaya elak bisikan syaitan tu.
Berniaga sekarang tak seperti dulu, benda yang dijual pun kena turunkan harga demi sesuap nasi. Apakan daya, redha je la dengar takdir Allah.
Sebelum ni terlintas di fikiran zumal 'kalau la... itu ini' , 'kalau la... macam tu macam ni' Tapi setelah rakan zumal nasihatkan semua tu tak baik semacam kita menyalahkan suratan takdir yang dah tertulis buat kita. Khutbah Jumaat minggu lepas juga tentang tajuk yang sama. Alhamdulillah zumal tak akan menyalahkan takdir yang dah tertulis untuk zumal. Kerana jika kita berbuat demikian, kita akan mengundang hasutan syaitan.
Zumal sekarang duduk di kedai sampai malam bersama adik dan anak menakan disebabkan di rumah dah bergelap. Balik rumah hanya untuk tidur. Kasihan juga dekat anak menakan zumal tu. Dah 3 minggu lebih macam ni. Semoga mereka mampu bertahan. Kenapa bergelap? Tentu la sebab tak ada elektrik. Hehehe. Kena potong. Sebabnya, salah zumal sejak 2011 dulu. Kerana ikut cakap orang. Tapi tak nak la kalau, kalau lagi. Maybe itu telah ditakdirkan.
Harap-harap zumal dapat terus melangkah melalui pelbagai dugaan ini. Terima kasih atas doa rakan-rakan semua...
Ya Allah zumal....sedih saya baca perjalanan hidup zumal...tapi zumal terus tabah dengan dugaan tu. Ya Allah kuatnya zumal. Saya doakan semoga zumal terus bertahan dan Allah dapat keluarkan zumal dari semua dugaan ini dengan segera.
ReplyDeleteAamiin, terima kasih Haziq.
Deletekagum dgn ketabahan zumal dlm menghadapi kesukaran hidup ini...
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie
Deletesemoga terus tabah! insyaAllah nanti datang la rezeki tu :)
ReplyDeleteAamiin, Insha Allah Sha...
Deletetips berniaga kita jgn
ReplyDeletegiveup teruskan share kebaikan
tentang product yg kita jual
rajin, tawakal , usaha
good luck moga rezeki hari ini
lebih baik dari semalam
amin
in sya allah
teruskan...
Aamiin, Insha Allah sis...
Deletesemoga terus tabah...
ReplyDeleteInsha Allah tuan MKL
Deletemoga2 ujian dan cabaran ini membuatkan zumal lbh dkt dgn Nya...
ReplyDeleteInsha Allah, Aamiin. Terima kasih Anies...
Deletebe strong zumal..rupanye ada org yang sulit lagi perjalann hidup dia dari timm..
ReplyDeletesemoga terus kuat zumal..
Be strong juga Timm, rasa sebak lak balas komen kawan2 ni
Deletesemoga dipemudahkan uuusan zumal dan dilindungi Allah selalu
ReplyDeleteInsha Allah Aamiin. Terima kasih Aeinna...
Deletemaaf, whatsapp saya backup dan semua chat hilang. Boleh contact saya semula di 0132035062
ReplyDeleteOk Tarot, zumal dah whatsapp.
DeleteDugaan itu sebenarnya anugerah Illahi yg pasti akan ada kebaikannya nanti. Allah tidak akan membebani kita dgn perkara yg kita tak mampu tanggung. Sampai masa, pasti ada hikmah yg akan diberi nanti. Sabar, usaha, doa dan istiqamah.. setiap ujian juga peluang tambah pahala, semoga dilancarkan segala urusan dan sukses.. aamiin.
ReplyDeleteInsha Allah, Aamiin. Terima kasih mendoakan zumal serta beri kata-kata semangat...
Deletesemoga Zumal terus kuat menghadapi cabarn hidup
ReplyDeleteInsha Allah, Aamiin...
DeleteSemoga perjalanan hidup Zumal Allah permudahkan
ReplyDeleteAamiin, terima kasih WP...
DeleteSemoga segala urusan dipermudahkan...
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki selalu.
#staystrong
Terima kasih Fidah Shah
DeleteHidup memanglah banyak cabaran . . . rezeki tetap ada untuk semua, kesenangan mungkin akan datang di kemudian hari. Be optimistic.
ReplyDeleteInsha Allah
Deleteadat org berniaga, ada pasang surutnya, yang penting kita kuat dan tabah. amalkan zikir Ya wahhab dan sebutlah namaNya di bibir kita. in sha Allah, Dia Yang Maha Mendengar. sentiasa menunggu hambaNya berdoa.
ReplyDeleteTerima kasih, Insha Allah...
Delete