RAYA TERKEJUT 2022

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Dah lama kita tak bersua kan? Usah ditanya kenapa dan kemana, anggap saja Zumal kena culik dengan alien beberapa bulan yang lalu. Zumal dah serik nak cari alien dan berkawan dengan alien. Di kesempatan ini Zumal nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Dah lama kita tak sambut raya dengan meriah kan? Alhamdulillah berkat doa dan usaha front linier kita mampu beraya kembali seperti dulu. Alhamdulillah Zumal dapat berkumpul dengan ayah, mama dan saudara mara lain di Perlis.

RAYA DI KAMPUNG WARNA WARNI


Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis adalah sebuah perkampungan nelayan di muara Kuala Perlis berhampiran dengan Jeti untuk Langkawi. Beberapa tahun lalu kampung ini telah dijenamakan semula dengan nama Kampung Warna Warni. Nama ini diberikan kerana rumah-rumah penduduk di sini telah diwarnakan semula dengan pelbagai warna sebagai salah satu tarikan buat pengunjung yang datang ke Kuala Perlis ini. 

Setahu Zumal tak ada la saudara-mara yang tinggal di sini tapi kami sekeluarga datang kerana atas permintaan ibu saudara Zumal (Mak Cik Shirah) yang datang beraya dari Kelantan untuk lihat kampung viral ini. Tujuan utama nak pergi bergambar jer. Tapi disebabkan Zumal ada masalah teknikal pada kaki jadi tak dapat la menyeberangi jambatan yang tinggi dan panjang di kampung tersebut. Walau bagaimanapun Zumal dan keluarga dapat juga lepas gian bergambar di atas jambatan. Jom usha gambar raya kami. Hehe...



Zumal bersama ayah dan mama

Zumal, ayah, mama, pak cik, mak cik dan Ali(adik bongsu)

Yun (adik ipar), ayah, mama, pak cik, mak cik dan Ali

pemandangan di sekitar jambatan


Zumal dan Ali (adik bongsu zumal)



Sekian saja gambar raya kami sekeluarga. Esoknya Zumal dan family berangkat meninggal negeri Perlis Indera Kayangan dan kembali ke Selangor.(buat sementara waktu) Lepas ni kami akan ke selatan tanah air pula. Terima kasih kepada korang semua yang masih sudi berkunjung ke blog ini dan selalu bertanya khabar. Terharu tau. 




Comments

  1. salam aidilfitri zumal n fmili seronoknya beraya di kampung warna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri akak. Semoga sihat selalu di samping keluarga

      Delete
  2. salam aidil fitri buat zumal sekeluarga.... kat area situ apa restoran pemes?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri buat Anies sekeluarga juga. Area jalan masuk kg ni ada Restoran Nelayan. Femes juga la. Sebelah supermarket tepi jalan masuk kg tu ada juga medan selera ..

      Delete
  3. Salam raya
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Post a Comment