STESEN




BAB 1

    "Kau tak perasan ke sejak awal tahun ni dah 3 orang penumpang tren ETS hilang tanpa dikesan?" Soal Riz.

    "Mestilah aku perasan beb, lagi pun kes ni dah masuk dalam bidang kuasa kita." Balas Luk sambil mengerutkan dahinya.

    Dua orang anggota Polis Bantuan Stesen Kuala Lumpur Sentral itu meneruskan rondaan rutin mereka di kawasan stesen keretapi terbesar negara yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur itu sambil berbual-bual berkaitan tugas mereka. Walaupun jam sudah hampir pukul 4.00 pagi, masih ada manusia mundar-mandir di dalam stesen itu. Tak kurang juga ada tidur di bangku-bangku yang tersedia di stesen itu. Mungkin ada di antara mereka baru sahaja tiba ke stesen itu dari utara ataupun selatan tanah air ataupun mereka sedang menunggu perkhidmatan tren dari seawal pukul 5.00 pagi dari stesen itu. 

    "Riz, mungkin tak orang yang hilang tu tersilap turun di stesen lain, lepas tu tersesat?" Luk tetiba bersuara.

    "Tak mungkin Luk! Dia orang yang hilang tu semua dah dewasa, bukannya kanak-kanak. Kalau sesat pun pasti mereka tahu mencari alternatif lain lagi pun zaman sekarang dah moden, segalanya di hujung jari aje." Riz menyangkal pendapat Luk itu. 

    "Betul juga apa yang kau kata tu!" Balas Luk.

    "Kau rasa perkara ni ada kaitan dengan hantu ke?" Riz bertanyakan pendapat rakan setugasnya itu.

    Luk menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. "Kau percaya hantu ke?" Luk menyoal balas. 

    "Walaupun aku tak pernah nampak hantu tapi aku percaya benda tu wujud." Jelas Riz.

    "Jadi kau syak kehilangan 3 orang tu ada kaitan dengan hantulah yer?" Soal Luk kembali. 

    "Aku agak jer..."Jawab Riz sambil menekan butang lif untuk menuju ke platform bawah tanah yang menempatkan tren ETS, tren antara bandar dan komuter. 

    Setelah pintu lif terbuka, Riz dan Luk terus melangkah masuk ke dalam perut lif itu dan menekan butang untuk menuju ke platform bawah tanah. Setibanya mereka di situ, mereka berdua terus membuat rondaan di kawasan platform yang kosong itu. Lampu di platform itu agak suram dan suasana di situ juga agak sunyi ketika ini disebabkan belum ada tren yang tiba ke stesen ketika ini.

    "Kalau bab hantu, kat sini aku rasa mungkin ada hantunya." Kata Luk sambil melangkah beriringan bersama Riz. 

    "Itu aku sokong! Meremang bulu tengkok aku masa jalan di kawasan ni." Balas Riz.

    Tiba-tiba ada angin sederhana kuat memukul dua batang tubuh itu yang membuat mereka berdua terasa sejuk. Secara tidak sengaja bulu roma Luk jadi meremang seketika. "Fuh, anginnya macam ada tren baru melintasi kita jer!" Kata Luk.

    "Betul tu Luk, aku pun rasa begitu juga!" Balas Riz. Riz menyuluh lampu ke arah laluan landasan. Gelap. Kosong.

    "Wei, jomlah naik atas. Seram pulak lama-lama aku kat sini." Kata Luk.

    "Baiklah!" Balas Riz ringkas.

    Mereka berdua bergerak ke arah lif untuk naik semula ke tingkat atas. Sesampainya di hadapan lif, mereka berdua terus masuk ke dalam perut lif itu. Sedang pintu lif hendak tertutup, zuuup! Bagaikan ada sesuatu melintas di hadapan lif itu. "Kau nampak apa yang aku nampak? Soal Luk yang ketika itu wajahnya mula pucat. 

    "Apa yang kau nampak? Soal Riz kehairanan. 

    "Tadi depan lif tu aku nampak macam ada sesuatu lintas!"Jelas Luk setelah pintu lif sudah tertutup rapat. Lif itu terus membawa mereka berdua ke tingkat atas.

    "Eh, jangan mengarutlah Luk! Aku tak nampak apa-apa pun!" Kata Riz sambil melangkah keluar dari lif yang telah tiba di tingkat atas stesen itu. 

    "Perasaan aku saja agaknya!" Kata Luk untuk menyedapkan hatinya sendiri. 

    "Tu Aina kan?" Soal Riz sambil menuding jari ke arah seorang gadis yang sedang berjalan tidak jauh dari mereka.

    "Hmmm, betullah tu! Siapa lagi kalau berambut perang beruniform Mc Donald!" Balas Luk.

    "Hai Aina, nak ke mana tu?" Soal Riz. 

    Tiba-tiba gadis itu berkalih ke arah mereka berdua. "Oh, koperal Riz dan Koperal Luk rupanya." Kata Aina. "Aina baru pergi topup tadi, sekarang nak balik ke restoranlah." Jawab Aina sambil menunjukkan ke arah premis kedai serbaneka 7 Eleven yang tidak jauh dari situ. 

    "Syif malam yer?" Soal Riz lagi.

    "Yerlah koperal!" Jawab Aina ringkas.

    "Tak takut hantu ke?" Soal Luk.

    "Dah kerja. Terpaksalah!" Jawab gadis tomboi yang bekerja di restoran makanan segera Mc Donald di dalam Stesen Kuala Lumpur Sentral itu. "Jomlah sarapan di Mc Donald!" Ajak Aina.

    "Kenapa, Aina nak belanja kami berdua ke?" Soal Riz sambil ketawa. 

    "Tak naklah belanja koperal berdua ni. Gaji Aina pun belum masuk lagi." Jawab Aina berterus-terang.

    "Ala Aina, kami bergurau aje la!" Kata Riz. Aina tersenyum sambil terus melangkah lebih laju menuju ke restoran tempat dia bertugas. Riz dan Luk mengekor dari belakang. "Kita sarapan dulu, habis syif boleh terus balik." Riz memberi pendapat.

    "No problem, aku pun tengah lapar ni!" Balas Luk sambil tersengih. 

   "Hai, makan berdua aje ke?" Tiba-tiba satu suara menyapa mereka berdua yang sedang enak menjamu selera. Riz dan Luk mengalih pandang ke arah suara yang menegur mereka berdua itu. Suara yang memang sangat mereka kenal. 

   "Oh sarjan, jemputlah makan bersama." Ajak Riz. Sarjan Ali melabuhkan punggungnya di samping Riz dan Luk. Ketua mereka itu sering muncul tanpa diduga walaupun diluar masanya bertugas. 

    "Awal sarjan datang hari ni?" Tegur Luk. 

    "Aku tengok cuaca macam nak hujan. Kalau hujan mesti jalan sesak." Jelas Sarjan Ali yang sememangnya sangat komited terhadap tugasnya.

    Mereka bertiga menjamu selera bersama sambil menceritakan situasi semasa di stesen itu untuk makluman ketua mereka. Sarjan Ali hanya mendengar dengan penuh khusyuk perkongsian Riz dan Luk itu sambil menghirup kopi panasnya.



BAB 2

BAB 3

BAB 4

BAB 5

BAB 6

BAB 7

BAB 8

BAB 9

BAB 10

Comments

Post a Comment

Popular Posts