PENGINAPAN PILIHAN DI PERLIS

 Penginapan Pilihan di Perlis


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Musim harumanis bakal menjelma mesti ada yang teringin pergi ke negeri syurga harumanis tu yer. Mana lagi kalau bukan Negeri Perlis Indera Kayangan


Kali ni Zumal nak share tentang penginapan pilihan buat anda semua jika hendak berkunjung ke Perlis. Ini sebagai tambahan penginapan yang pernah Zumal share dulu.


Pertama Zumal ingin perkenalkan kepada anda semua ialah Hotel Savana Kuala Perlis. Hotel Savana Kuala Perlis ini adalah hotel terbaru di Perlis. Ianya terletak berhampiran dengan Stesen Bas Ekspress Kuala Perlis dan Jeti Kuala Perlis di samping ianya juga berdekatan dengan Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis. Selain itu Hotel Savana Kuala Perlis ini dikelilingi oleh kedai-kedai serbaneka dan restoran yang memudahkan anda yang menginap di sini untuk mencari barangan keperluan.


Hotel Savana Kuala Perlis

 


Hotel Savana Kuala Perlis ini mempunyai 50 bilik dari pelbagai pilihan saiz iaitu dari bilik single bed, double bed, bilik keluarga, juga unit jenis apartment dan mempunyai beberapa dewan untuk tempahan pelbagai majlis. Hotel Savana Kuala Perlis juga menyediakan snack corner untuk kemudahan tetamunya mendapatkan pilihan makanan segera. Kemudahan meletak kenderaan juga luas untuk memenuhi keperluan tetamu pada satu-satu masa.



Setiap bilik di Hotel Savana Kuala Perlis ini lengkap dengan katil yang empuk, sofa (family room dan apartment), peti sejuk, seterika, dapur (apartment), penghawa dingin, jug elektrik, televisyen dan pelbagai keperluan asas seperti hotel lain. Untuk pandangan ruang di dalam bilik yang lebih jelas, anda boleh ikuti laman sosial Zumal untuk melihat dalam bentuk video.


Seterusnya Zumal ingin kongsikan kepada anda satu lagi tempat penginapan yang patut berada dalam senarai pilihan anda apabila berkunjung ke Perlis. Penginapan seterusnya adalah homestay yang terletak di Bintong iaitu Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa.


Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa 

Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa terletak di dalam kawasan kebun mangga harumanis yang dikelilingi oleh sawah padi dan berlatarkan bukit bukau yang memukau. Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini mempunyai kolam renang untuk kegunaan tetamunya selain mempunyai kolam ikan untuk aktiviti riadah seperti memancing, berkayak atau berakit.

Salah satu homestay di Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini mempunyai loteng lengkap bermeja untuk tetamunya beriadah di atas bumbung bagi menikmati sunset mahupun bersantai di waktu malam.

Bagi tetamu yang menginap di homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini boleh la ke Sadiah Cafe untuk menjamu selera. Untuk pengetahuan anda Sadiah Cafe dan Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa ini adalah sama pemiliknya. 


Akhir sekali bagi anda yang inginkan menginap di dalam khemah pula bolehlah jadikan Santuari Ikan Air Tawar di Tasik Timah Tasoh sebagai pilihan. Almaklumlah sekarang ramai yang suka bercamping dalam khemah dan tak kurang juga yang menggunakan campervan dan motorhome.


Santuari Ikan Air Tawar

Tapak perkhemahan di Santuari Ikan Air Tawar ini dilengkapi dengan kemudahan tandas, surau, kedai makan selain pemandangan indah berlatarkan Tasik Timah Tasoh. Sewaan tapak perkhemahan di sini bermula dari hanya RM5 sahaja. Ianya sangat berpatutan. Pengunjung di sini juga boleh mendapatkan perkhidmatan rondaan tasik dengan menaiki bot yang disediakan oleh pemiliknya. Zumal akan buat review seterusnya untuk perkhidmatan tersebut.


Terima kasih tidak terhingga kepada Unic Astana Holidays untuk pakej percutian 3 hari 2 malam di Perlis ini. Mereka sangat friendly dan sangat membantu melancarkan percutian kami di sini.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

Hubungi UNIC Astana Holidays

Tel: 04-9781133 / 012-4257743 / 012-4763743

Email : info@unicgroup.com.my


#unicastanaholidays

#letstravelwithourunicstyle

#TravelogueMalaysia

#TravelogueMalaysiaPerlis #Perlis

#schoolholidayideas #schoolholidays #duniazumal #duniazumaldotmy #bloggerutara #bloggerutaraofficial #checkin #seo #fyp #foryourpage #cuticutimalaysia #foodie #foodiemy #foodporn #jjcm #viralfoodmalaysia



Comments

  1. As I eagerly awaited the kerala lottery results list, I couldn't help but reflect on the impact that winning such a significant sum of money can have on an individual's life. The stories of past winners who used their winnings to build homes, start businesses, or support their families are truly inspiring. It's a testament to the life-altering potential of this lottery. However, it's crucial to remember that winning such a large sum also comes with its own set of responsibilities and challenges. Financial planning and responsible management of the newfound wealth become essential to ensure a secure and prosperous future.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts