#Segmen Azah Rahaman : AKU SEORANG BLOGGER !
![]() |
Klik untuk join |
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni bertemu kita dalam segmen yang dianjurkan oleh blogger Azah Rahaman. Dalam tahun ni pertama kali Zumal join segmen kalau tak silap la.
Dalam segmen ni Azah minta blogger yang sertai menceritakan tentang sejarah blog iaitu bila blog ditubuhkan, maksud tersendiri nama dan url blog, cerita pahit manis sebagai blogger dan last sekali nasihat untuk blogger lain...
Untuk pengetahuan Azah dan semua, blog Dunia Zumal ni telah terwujud sejak bulan November 2012. Lama ke? Azah lagi lama walaupun muda lagi. Hebat tu... Al kisah masa tu Zumal jadi urusetia untuk program Hari Kanak-kanak, OKU dan Warga Emas peringkat Negeri Perlis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Zumal ni macam penyambut tetamu, tunggu kat depan jalan masuk. Jadi bila duk barisan depan ni mudah ambil gambar. Maka secara tak langsung gambar pun banyak dalam fon. Zumal buat satu blog untuk share gambar program tu jer. Masa tu just gambar dan caption ringkas jer. Al maklum la tak belajar pun cuma tahu pasal blog sebab zumal pernah ada cyber cafe...
Seterusnya mengenai nama dan url blog ni, memang tak ada yang istimewa pun just combine nama zumal dan perkataan dunia tu. Sebenarnya masa awalnya ia lebih kepada diari zumal dan sebab itu la dinamakan Dunia Zumal. Domain dot com pula Zumal baru guna sejak tahun lepas. Sejak tiga tahun lepas nama Dunia Zumal telah pun Zumal abadikan sebagai nama syarikat di dalam pendaftaran SSM. Alhamdulillah selesa dengan nama sebenar. Walupun ada yang pertikai. Asyik nak membawang je...
Bila masuk bab pengalaman ni, zumal sekadar blogger picisan dan tak ada pengalaman yang menarik. Tapi yang best dapat join group Blogger Utara dan dapat kenal rakan blogger lain lebih rapat. Banyak juga job review yang dapat kami buat sama-sama. Event besar yang pernah Zumal join sejak jadi blogger adalah Program Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network. Masa tu gigih la menapak kat Jalan Ampang cari Saloma Bistro. Masa tu la kenal ramai blogger tapi tak tahu la dorang ingat kita tak. Paling best masa tu dapat jumpa otai-otai blogger dan dapat selfie dengan blogger idola. Idola Zumal, Ben Ashaari. Tu la pengalaman manis. Pahit ni banyak melibatkan review, macam lewat bayar dan ada yang tak bayar terus pun ada. Hmmm.
Nasihat Zumal? Siapalah diri ini untuk menasihati. Cuma nak beritahu dalam kajian revolusi industri 4.0 kerjaya sebagai blogger adalah kerjaya yang tak terjejas dan blogger ni akan mengatasi kerjaya wartawan tau. Jadi sebagai blogger, kita teruskan berblog kerana suatu hari nanti orang akan nampak kerjaya kita ni. Sekian sahaja celoteh dari Zumal. Kepada semua yang join segmen ni, Zumal ucapkan salam perkenalan, mention la Zumal kat komen andai korang follow Zumal nanti Zumal akan follow balik yer. Wassalam...
Macam macam eh history kejadian blog ni. :) Apa pun, betul. Just keep on menulis blog. Semoga entry entry dpaat memberi manfaat buat pembaca.
ReplyDeletehttp://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Insha Allah Ika, moga semuanya bermanfaat
Deletedone follow sini :)
ReplyDeletekerjaya sebagai blogger antara sebab lain tak menganggu gugat orang lain. :)
Betul tu Shuhaida
Deleteassalamualaikum.. membalas kunjungan.. dari segmen yang sama
ReplyDeletehttps://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Waalaikumussalam, terima kasih Zati...
DeleteBlogger akan mencipta nama dengan penulisan hebat,perkongsian pendapat yang banyak manfaat dan ramai juga dengan blog bertemu pasangan hidup..
ReplyDeleteso sweet tu..
happy berblogging Zumal
Betul tu, tapi ada bertemu dan berpisah juga macam Zumal
Deletekehidupan di dunia mana ada yang kekal abadi..
Deletehahahaha
hai zumal :)
ReplyDeleteaida pun nak join la ni. tgk la kang kalu ada time, nak join ga / segmen.
moga aida pun jadik rakan blogger zumal ye.
blog aida xde pe pun , kecuali kisah idup sorang pompuan yg ada anak & suami :)
kisah biasa.
kisah biasa-biasa aje.
Hai Aida, Aida kan memang rakan blogger Zumal jugak. Hehe...
Deleteabg ben bagus tau...mse dulu AD punya blog bpe kerat je follower..pastu abg ben buat segmen..then AD join..mse tu la baru kenal kwn2 blogger yang lain
ReplyDeleteBetul tu, sama la follower Zumal pun naik masa join segmen juga. Dulu dalam seratus lebih jer...
Delete#throwback nmpk? ;-)
ReplyDeleteslmt bersegmen
Hehe, kenangan indah...
Deletedah 6 tahun bertapak dalam dunia blogger ni kan. wowww. lama tuu. otai niii. kehkeh. kalau dah terjoin geng2 denaihati network, org hebat nii. betul2 tu. dunia blogging ni kalau pandai cara boleh buat duit kan :)) antara nak dengan taknak je kan. btw, terima kasih sudi join segmen azah :)
ReplyDeleteMana otai pun, petai je Azah... Terima kasih juga untuk Azah kerana anjur segmen ni...
Deleteselamat bersegmen, Zumal
ReplyDeleteTerima kasih Radhia
DeleteWaa dah 3 tahun buka syarikat untuk blog. Saya dari hujung tahun lepas rancang nak daftar bisnes dengan SSM tapi tak kesampaian (ka malas?). Nak daftar syarikat tak mampu lagi. hihih
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan yer
DeleteSelamat bersegmen, saya singgah follow sini :)
ReplyDeletehttp://www.nurzariniismail.com/
Terima kasih Auni
Deletesinggah dari segmen yang sama,, waahh menarik disebalik tabir kejadian blog ni.. hehe
ReplyDeletehttps://z3tty.blogspot.my/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Hehe, terima kasih
Deletecamne nk join blogger utara tuuu
ReplyDeleteMiYOKO klik logo di side bar, pm admin di page tu
DeleteAll the best zumal
ReplyDeleteTerima kasih ciktie
DeleteSalam perkenalan juga
ReplyDeleteTeruskan blogging dan jadi inspirasi para pembaca ^^
ReplyDeleteHehe,tak ade kot jadi inspirasi...
DeleteWah! Dunia Zumal dah berwajah baru.
ReplyDeleteHa! yang lebih segar dan ceria.
Keep on blogging :-)
Terima kasih Mrs. A
Delete