Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada 9 hingga 11 Disember 2018 yang lalu Zumal telah berkesempatan menyertai Team Travelogue Malaysia dalam siri Travelogue Perak iaitu ke Belum Rainforest Resort yang terletak di Gerik, Perak.
Untuk entri ini Zumal akan kongsikan serba sedikit info tentang Hutan Hujan Tropika Royal Belum. Sebenarnya Zumal memang bercita-cita nak masuk ke Royal Belum sejak dulu lagi. Alhamdulillah dapat pula peluang ini dari Team Travelogue Malaysia.
Mulanya anggapan Zumal hutan tertua di dunia adalah Hutan Amazon rupanya Hutan Hujan Tropika Royal Belum adalah hutan antara tertua di dunia iaitu kira-kira 130 juta tahun umurnya. Ianya lebih tua daripada Hutan Amazon dan Congo. Bayangkanlah jika setua itu pasti ada pelbagai khazanah di dalamnya. Royal Belum adalah hutan hujan tropika yang berkeluasan 290 000 hektar. 117 500 hektar hutan hujan tropika ini adalah hutan tebal dan bersempadan dengan negara Thailand. 90% kawasan atas hutan ini masih belum diterokai.
Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk mengekalkan Royal Belum sebagai hutan simpan dan untuk tujuan penyelidikan. Royal Belum sangat kaya dengan flora dan faunanya. Istimewanya Royal Belum kerana ia juga mempunyai spesies Rafflesia (padma) yang tumbuh meliar di sini yang juga merupakan bunga terbesar di dunia. Terdapat juga 2 spesies lagi bunga terbesar dunia yang mendiami Royal Belum dan salah satunya dinamakan Azlanii.
Spesies Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di Royal Belum
Untuk memasuki kawasan Royal Belum anda perlu memohon permit dari Taman Negeri Perak seminggu sebelum masuk ke kawasan hutan ini ataupun anda boleh memaklumkan kepada pihak Belum Rainforest Resort untuk menguruskannya.
Pos Pemeriksaan Royal Belum
Permit yang dibuat itu hendaklah diserahkan di Pos Pemeriksaan Royal Belum sebelum memasuki kawasan hutan ini. Pos Pemeriksaan ini teletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot dari jeti Belum Rainforest Resort.
Bot menjadi pengangkutan utama untuk memasuki perkampungan orang asli
dan untuk meneroka Hutan Royal Belum
Antara wajah-wajah ceria Team Travelogue Malaysia
Jom ikuti video teaser Team Travelogue Malaysia
Zumal akan kongsikan pelbagai lagi info selepas ini tentang Royal Belum seperti penginapan kami dan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan di sana. Untuk maklumat penginapan boleh rujuk di entri INI. Untuk lihat apakah aktiviti menarik di sini korang rujuk DI SINI. Nantikan entri seterusnya dari Zumal yer.
Villa Azlanii antara penginapan Team Travelogue Malaysia
Bestnya dpt explore :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/mathaf-2018-star-avenue.html
Semoga Ika pun berkesempatan ke sana
DeleteSeronoknya zumal. . Dh lama teringin nk kesini tapi tak pernah sempat pergi lagi
ReplyDeleteKalau bulan ni ada diskaun tau
DeletePernah baca ekspedisi ke Royal Belum lama dulu. Katanya air yg mengalir disitu sangat bersih dan boleh diminun terus begitu saja.
ReplyDeleteBetul tu akak, ph airnya 7.5 sesuai minum terus
DeleteBaru tahu kena ada permit dulu kalau nak masuk ya.
ReplyDeleteKena ada permit kalau nak masuk hutan aje
DeleteWahhh bestnya Zumal. Teringin nak pergi tempat macam ni juga tau
ReplyDeleteAda peluang kena pergi rasainya yer. Memang best
Deletetetiba rs beruntung sbb Malaysia ada hutan sebegini... hrp ia akn trs terpelihara utk generasi akan dtg...
ReplyDeleteSemoga begitu la hendaknya. agar ia kekal sampai bila-bila
DeleteBestnye dpt menikmati udara segar dan pemandangan hutan..
ReplyDelete