STESEN

 BAB 2



"Dah seminggu Hanna hilang tanpa khabar berita, kan?" Faizat meminta kepastian sahabatnya.

"Hmm, betul kata awak tu Jat!" balas Watie.

"Ke manalah dia pergi yer?" soal Faizat lagi.

"Entahlah Jat. Sebelum dia ambil cuti dia kata nak pergi Bangkok. Travel secara solo katanya." Jelas Watie.

"Dia memang suka melancong sana sini. I respek pada keberanian dia tu walaupun dia seorang wanita." balas Faizat.

"Kalau family dia tak buat report tentang kehilangan dia pasti I anggap dia dah sampai Bangkok." kata Watie.

"Samalah I pun ingat dia tengah happy bercuti di Siam tu." balas Faizat. 

"Mungkin ke Hanna kena culik?" tiba-tiba Ruhil yang baru mendekati meja mereka bersuara.

"Kau ni skeptikal sangat! Hilang jer kena culik!"balas Watie.

"Habis tu apa yang kau syak?" soal Ruhil. "Kena sorok dengan bunian ke?" sindir Ruhil sambil tersengih macam kerang busuk.

"Kita sepatutnya doakan yang baik-baik untuk dia!" tegur Faizat.

"Please la! Tak ada maknanya nak doa dekat kawan korang tu!" kata Ruhil sambil melangkah laju meninggalkan Watie dan Faizat tanpa mahu mendengar lagi hujah rakan-rakannya mengenai Hanna.

    Ruhil dan Hanna memang tidak sekepala tambahan pula idea Hanna selalunya lebih diutamakan oleh ketua mereka. Hanna sememangnya pakar dalam memilih tema untuk majlis yang ditempah oleh pelanggan syarikat pengurusan acara terkenal di ibu kota Kuala Lumpur itu. Dia juga seorang yang bijak bermain dengan rona warna berbanding Ruhil yang sering mengadaptasikan tema barat dalam setiap ideanya. Selalunya hitam putih jadi pilihan Ruhil.

"Pelik betul mak nenek tu yer!" kata Watie kepada Faizat.

"Datang bulan agaknya." balas Faizat sambil tersengih.

"Ada-ada saja awak ni!" kata Watie sambil tersenyum. "Jat, awak perasan tak Encik Faizul asyik moody jer sejak Hanna tak ada?" soal Watie.

"Mestilah awak, Hanna tu kan buah hati dia."jelas Faizat.

"Eh, awak pun tahu tentang hubungan Hanna dan Encik Faizul tu yer?" soal Watieinginkan kepastian.

"Of courselah I tahu. I selalu terserempak dia orang dekat Pavillion." kata Faizat.

"Oh awak selalu lepak Pavi yer? Tak ajak I pun."balas Watie sambil menguis bahu Faizat yang sedang melakar design backdrop untuk majlis makan malam sebuah syarikat perkapalan di Pelabuhan Klang.

"Huis, I pergi dengan housemate jer dekat sana." jawab Faizat.

"Oh, ingatkan awak ada skandal dengan orang lain." Kata Watie sambil ketawa pada rakan sekerja yang juga merupakan kekasihnya itu. 

"Hari ni Encik Faizul tak masuk ofis ke?" soal Watie. 

"Rasanya tak. Encik Faizul jumpa customer di Damansara pagi ni." Jawaab Faizat sambil memeriksa semula pesanan whatsapp yang diterimanya awal pagi tadi. 

"Hmm, patutlah sampai sekarang belum nampak batang hidung boss kita tu." kata Watie.

"Biasalah tu awak, pertengahan tahun macam nimemang banyak job yang masuk sampailah hujung tahun." terang Faizat.

"Betul tu! Sebenarnya tadi I ingatkan boss kita tu cuti hari ni. Maklumlah sejak Hanna tiada Encik Faizul nampak macam tak bersemangat jer." terang Watie.

"Kita doakan Encik Faizul tu akan kembali seperti sedia kala."balas Faizat sambil menadah tanya seperti sedang berdoa.

"Insya Allah boss kita akan okey." kata Watie. "Tambah lagi kalau Hanna dah muncul depan mata dia!" tambah Watie lagi.

PROLOG

BAB 1

BAB 3

BAB 4

BAB 5

BAB 6

BAB 7

BAB 8

BAB 9

BAB 10

Comments

Post a Comment

Popular Posts